Quantcast

BERITA

Denmark Mula Perang Psikologi, Buat Iklan Bakar Gambar Raja Sweden

Awal pagi esok, Denmark akan bertandang ke halaman Sweden dalam perlawnaan pertama play-off EURO 2016.

Denmark bukanlah sebuah negara yang gilakan bola sepak. Terutamanya sejak kebelakangan ini apabila sambutan liga domestik mereka semakin suram.

Di Eropah, tiada satu pun pasukan dari Liga Denmark layak ke Champions League. Prestasi pasukan kebangsaan mereka juga taklah memberansangkan.

Tetapi ada satu perlawanan yang bakal membuatkan orang Denmark secara tiba-tiba gilakan bola sepak. Ia adalah Nordic derby – Denmark menentang jiran mereka; Sweden.

Untuk menghangatkan lagi suasana, sebuah stesen TV Denmark, Kanal 5, menerbitkan sebuah iklan provokasi anti-Sweden untuk memberitahu skuad bola sepak Denmark betapa pentingnya perlawanan ini.

#MEREENDENKAMP

Kun Sverige står i vejen for EM i Frankrig!Hvordan knækker vi svensken?#MereEndEnKampPå lørdag fra 10.00 på Kanal 5.

Posted by Kanal 5 on Tuesday, November 10, 2015



Dalam iklan ini, seorang kanak-kanak perempuan menghancurkan anak patung ‘Pippi Longstockings’ – yang berasal daripada cerita kanak-kanak penulis Sweden, Astrid Lindgren – sambil menyanyikan lagu tema cerita kanak-kanak tersebut.

sweden2

Kemudian, anda akan melihat banyak perabot IKEA (syarikat Sweden) dibuang. Kemudian video itu juga menunjukkan gambar muka Raja Sweden dicucuh dengan rokok.

sweden1

Perlawanan ini sentiasa mengundang drama. Siapa boleh lupa drama pada 2007?

Pada perlawanan kelayakan kumpulan EURO 2008, Denmark mengejar dari kedudukan 0-3 untuk mengikat Sweden 3-3.

Bagaimanapun pada lewat perlawanan, pengadil mengesan pemain Denmark Christian Poulsen menumbuk penyerang Sweden Markus Rosenberg dalam kotak penalti.

Pengadil menmberi kad merah kepada Poulsen dan menghadiahkan penalti kepada Sweden. Keputusan pengadil itu mengundang kemarahan Ronni Norvig, seorang penyokong Denmark yang menceroboh masuk ke padang dan menyerang pengadil.

Denmark-v-Sweden-2007-006

Tindakan penyokong Denmark itu membuatkan pengadil terpaksa membatalkan perlawanan dan menghadiahkan Sweden kemenangan 3-0. Sekaligus membuatkan usaha pemain Denmark dalam perlawanan itu sia-sia.

Penyokong tersebut, Ronni Norvig didenda hampir RM1 juta (£210,000) oleh Persatuan Bola Sepak Denmark dan diberi larangan masuk ke mana-mana stadium.

Baca juga: Penyerang Sweden Ini Memberikan Temuramah Paling Gila Selepas Perlawanan Menentang Denmark Dalam Euro Bawah-21

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!