Lepas Baju ‘Tangan Ghaib’ Mula Dijual, Timbul Pula Idea Baju ‘Tangan Panjang’

Baju Tangan Ghaib Tangan Panjang

Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini telah mengetengahkan idea untuk mencetak baju dengan rekaan dan tulisan ‘Tangan Ghaib’, tetapi kini timbul pula idea baju ‘Tangan Panjang’.

Namun, ia bukan lagi hasil idea daripada TMJ, tetapi daripada pengikut Liga Malaysia (Liga M) berpunca isu ‘kehilangan’ Daniel Ting – belum lapor diri bersama KL City, yang dikaitkan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Tau Dah Skrip Ni” – Pengikut Liga M Sepakat Katakan Daniel Ting Bakal Ke JDT

Beraksi dalam semua perlawanan Liga Super dan telah membantu Kuala Lumpur (KL) City FC menjulang Piala Malaysia 2021, Daniel Ting dikhabarkan tiba-tiba gagal melaporkan diri semula untuk saingan musim baharu.

Ia berikutan ciapan wartawan Astro ArenaZulhelmi Zainal Azam yang mengatakan pemain kacukan Malaysia-England itu masih tidak melaporkan diri berikutan masalah peribadi dan dikatakan mungkin akan menamatkan kontraknya bersama KL City. Prestasi baiknya musim lalu pastinya masih mahu ditagih skuad The City Boys.

Tidak pasti apa yang berlaku di belakang tabir saat ini, Semuanya BOLA melihat komentar para penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan pendapat mereka terhadap situasi yang hampir saban musim berlaku ini.

‘Misteri Kehilangan Daniel Ting’ – Masalah Peribadi Atau Diintai Pasukan Lain?

Rata-rata dilihat sependapat, destinasi seterusnya bek kiri ini adalah ke JDT dan telah diskripkan lebih awal.

Walau apa pun puncanya, diharapkan isu ini bukanlah ulangan skrip seperti sebelum ini. Masih ingat bagaimana Mohamadou Sumareh yang dikatakan ‘transit’ di Police Tero terlebih dahulu sebelum sah menyertai JDT?

Idea baju ‘Tangan Ghaib’ sebelum ini telah diketengahkan oleh TMJ selepas beliau dikatakan tangan ghaib yang mengatur skuad kebangsaan. Dan baju tersebut sudah boleh dibeli di JDT Online Store pada harga RM39.00.

TMJ baju Tangan Ghaib
FOTO: IG TMJ

“Baju-T baharu saya dicetak esok. Siapa nak DM. Boleh didapati di JDT Online Store tidak lama lagi! Nantikan,” tulis TMJ di InstaStory beserta lakaran gambar baju-T berkenaan.

Sebelum itu dalam satu sesi temu bual bersama Astro Arena, TMJ menafikan beliau adalah tangan ghaib yang didendangkan sesetengah pihak selepas kegagalan skuad kebangsaan di Piala AFF Suzuki 2020, tempohari.

“Isu tangan ghaib ini lebih kepada ada beberapa pihak yang mahu lepaskan tangan atau selamatkan kepala masing-masing. Mungkin mahu selamatkan diri masing-masing, jadi mainkan persepsi seolah-olah TMJ kawal segalanya,” jelas pemilik JDT itu mengenainya.

Tangan panjang Daniel Ting
FOTO: Facebook Penang Brotherhood

Idea baju ‘Tangan Panjang’ pula kini muncul berikutan isu Daniel Ting. Idea itu diketengahkan oleh pengguna Facebook, Tun Teja di ruangan komen di posting berkaitan isu ‘kehilangan’ pemain kacukan Malaysia-England itu di laman Facebook penyokong Penang FC, Penang Brotherhood, “Kalau nak transit kat Penang, halo-halo”.

“Mohon min [admin] buat baju ‘tangan panjang’,” tulis Tun Teja yang kemudian dibalas oleh Azzirul Qayyum, “Tangan ghaib vs Tangan panjang.” Tampak seperti ia hanyalah gurauan sinis tetapi tak mustahil direalisasikan.

Ini kerana, TMJ pun bermula dengan sindiran sinis idea baju ‘Tangan Ghaib’ dan kini telah pun mula dijual dengan harga RM39.00. Jika ada yang mungkin berminat untuk membuat lakaran baju ‘Tangan Panjang’, tidak mustahil ia juga mampu dijual di pasaran. Jadi, tunggu apa lagi para pencetak dan penjual baju sekalian!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN