“Tau Dah Skrip Ni” – Pengikut Liga M Sepakat Katakan Daniel Ting Bakal Ke JDT

Daniel Ting KL City JDT 2022

Beraksi dalam semua perlawanan Liga Super dan telah membantu Kuala Lumpur (KL) City FC menjulang Piala Malaysia 2021, Daniel Ting dikhabarkan tiba-tiba gagal melaporkan diri semula untuk saingan musim baharu.

Berbaki kurang dua minggu sebelum sepak mula Piala Sumbangsih pada 26 Februari depan, jelas ia adalah satu tamparan buat barisan kejurulatihan KL City untuk merencana perancangan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

‘Misteri Kehilangan Daniel Ting’ – Masalah Peribadi Atau Diintai Pasukan Lain?

Ia berikutan ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang mengatakan pemain kacukan Malaysia-England itu masih tidak melaporkan diri berikutan masalah peribadi dan dikatakan mungkin akan menamatkan kontraknya bersama KL City. Prestasi baiknya musim lalu pastinya masih mahu ditagih skuad The City Boys.

Tidak pasti apa yang berlaku di belakang tabir saat ini, Semuanya BOLA melihat komentar para penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan pendapat mereka terhadap situasi yang hampir saban musim berlaku ini.

Rata-rata dilihat sependapat, destinasi seterusnya bek kiri ini adalah ke JDT dan telah diskripkan lebih awal.

“Alah, ini semua dah scripted. Kita tengok ending. Ini liga ana punyalah,” titip akaun Facebook, Abdul Halim.

 

“Kami dah hafal skrip ni lah,” titip Henndery Utaii tentang perkhabaran yang sama tentang Daniel Ting itu.

 

“Mcm biasa setiap tahun pasti ada drama yang sama. Cuma pelakon je berbeza-beza. Tunggu je la nanti. Ada kat Police Tero [Thai League] la tu. Latihan pusat enam bulan sebelum balik Malaysia,” titip seorang lagi pemerhati bola sepak tempatan, Aman Hamdan di posting Astro Arena tentang isu Daniel Ting.

Begitupun, dapat dilihat masih ada yang percaya JDT bukanlah destinasi pemain tersebut seperti yang tersebar.

“Baik dia pergi liga Thai. Lagi berbaloi. Bayar mahal. Diaorang bukan pikir lencana di dada,” Syed Al Qudsy.

 

“Satu-satu fitnah haters-haters JDT buat. Kau tangung la nanti. Koyak sangat dah ni,” Onn Bin Jaafar Onn.

 

“Aku rasa JDT takkan ambil dia ni. Kalau betul JDT nak dari dulu time dia trial dengan JDT sebelum dia menapak dekat Malaysia JDT dah sign dia kontrak tetap,” titip Mohamad Aiman Abdol Rahim.

Sebuah Kelab Liga Super Sedang Berbincang Bersama Sri Pahang Tentang Sumareh

Walau apa pun puncanya, diharapkan isu ini bukanlah ulangan skrip seperti sebelum ini. Masih ingat bagaimana Mohamadou Sumareh yang dikatakan ‘transit’ di Police Tero terlebih dahulu sebelum sah menyertai JDT?

Selepas meninggalkan Sri Pahang akibat masalah kelewatan pembayaran gajinya yang tiba-tiba dibangkitkan, Sumareh telah berkelana sebentar ke Thai League bersama Police Tero untuk beberapa bulan sebelum kembali.

Yang membuatkan semua ‘sakit mata’ adalah beliau menyertai JDT dan ia membenarkan segala spekulasi ‘nakal’ tentang penyertaannya ke skuad Harimau Selatan yang dikatakan dirancang lebih awal sebelum itu.

Apa pun, ucapan simpati buat KL City yang terpaksa berdepan isu tak sepatutnya menjelang sepak mula Piala Sumbangsih. Walaupun Bojan Hodak mengatakan beliau tidak gusar hilang kudrat Daniel Ting, namun kini KL City kehilangan salah seorang bek kiri terbaik di Liga Malaysia pada musim lalu dan tentunya ia memberi kesan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN