Piala AFF B-23: Thailand Beri Debut Pemain Tingkatan 4, Miliki Skuad Purata Usia 17.9 Tahun

Thailand berjaya menewaskan Singapura 3-1 dalam saingan Kumpulan C Piala AFF B-23 pada malam tadi. Turut mencuri tumpuan dalam perlawanan tersebut adalah pemain muda, Thanawut Phochai.

Thanawut dilahirkan pada 2 Disember 2005, merupakan anggota termuda skuad Thailand di Kemboja pada usia 16 tahun 2 bulan. Jika mengikut perkiraan kita di Malaysia, Thanawut kini sepatutnya sedang menuntut di Tingkatan 4!

Bukan sahaja beliau adalah pemain termuda di dalam skuad Thailand, malah Thanawut juga adalah pemain termuda yang didaftarkan di kalangan pasukan bertanding di kejohanan ini.

Pemain  kedua termuda pula adalah Zenivio Conceicao yang beraksi untuk Timor Leste menentang Filipina pada hari pembukaan. Zenevio sebaya dengan Thanawut, tetapi dilahirkan pada 22 April, 2005.

Produk Thai League 3

Thanawut merupakan seorang pemain sayap dan beraksi bersama Udon United di Thai League 3. Sebelum dipanggil menyertai skuad B-23 Thailand pada Januari, pemain ini sempat melakukan 9 penampilan senior di peringkat kelab, namun masih belum mendaftarkan sebarang jaringan.,

Dalam aksi menentang Singapura pada malam tadi, Thanawut beraksi dari bangku pemai simpanan, dimasukkan pada minit ke-77 perlawanan pada ketika Thailand sedang selesa mendahului lawan 3-1.

Beraksi selama hampir 15 minit, penampilan Thanawut tetap menarik perhatian – dengan aksi agresif dan meyakinkan membantu Thailand bertahan.

Sumber: FAT

Minit ke-85 perlawanan pula menyaksikan Thanawut menampilkan aksi menyerang berbahaya ke kubu lawan dengan lariannya. Hantaran beliau kemudiannya disudahkan Teerasak Poeiphimai yang berjaya membocori gawang Singapura.

Gol tersebut bagaimana pun tidak dibenarkan kerana kedudukan Teerasak yang terlebih dahulu offside. Namun kredit harus diberikan kepada Thanawut kerana keupayaannya, terutama kualiti pemain muda itu daripada segi kepantasan dan visi mencipta peluang tersebut.

“Apabila beliau menyertai pasukan buat kalu pertama, beliau seperti sukar membiasakan diri dengan rakan sepasukan. Tetapi beliau tidak rasa terkilan.

“Sebaliknya Thanawut berlatih keras setiap hari, dan memastikan setiap orang di sekelilingnya sedar akan kemampuan dan pencapaian yang dilakukannya. Saya pasti beliau akan menjadi penyerang disegani suatu hari nanti,” ulas Supcart Manakit, jurulatih Udon United mengenai pemain itu suatu masa dahulu.

Komen tersebut cukup untuk menjelaskan karakter yang dimiliki pemain itu walaupun masih lagi muda dan dianggap mentah.

Skuad muda Thailand

Thanawut Phochai sebenarnya hanya salah seorang daripada 24 pemain yang berusia di bawah usia 18 tahun di dalam skuad B-23 Thailand yang mengambil bahagian di kejohanan Piala AFF B-23 ini.

Jelas sekali Thailand menggunakan kejohanan peringkat rantau ini untuk sasaran yang lebih besar iaitu untuk membentuk sebuah pasukan yang mampu melayakkan diri ke Sukan Olimpik pada 2024.

Secara purata, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah menghantar skuad yang berusia 17.9 tahun ke kejohanan kali ini.

Dalam perlawanan menentang Singapura semalam, hanya dua pemain yang berusia lebih daripada 18 tahun iaitu Anusak Jaiphet (22 tahun) dan Teerasak Poeiphimai (19 tahun).

Untuk rekod, ketua jurulatih skuad B-23 Thailand, Salvador Garcia sudah membentuk dan bersama pasukan ini sejak 2017 lagi.

“Kebanyakkan pemain di dalam skuad B-23 ini telah beraksi bersama sejak 4 tahun lalu. Disebabkan itu mereka amat memahami satu sama lain. Pemain-pemain ini menampilkan perbezaan sehingga berjaya menjaringkan gol.

“Saya berharap mereka mampu memanfaatkan peluang menjaringkan gol dan membuatkan penyokong gembira ketika bertemu Vietnam nanti,” kata jurulatih itu ketika mengulas prestasi anak buahnya selepas membenam Singapura.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN