Lampard Mahu Corona Di Chelsea

Frank Lampard

Pengurus Chelsea, Frank Lampard dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk pemain sayap FC Porto, Jesus Corona sekiranya mereka gagal mendapatkan Jadon Sancho dari Borussia Dortmund pada tempoh perpindahan musim panas ini.

Sancho sememangnya pemain muda paling hangat di pasaran ketika ini, tetapi harganya yang dikatakan mencecah sehingga £100 juta (RM533 juta) mungkin menjadi masalah besar buat Chelsea yang juga terkesan dengan impak kewangan disebabkan wabak COVID-19.

Malah mereka juga mungkin sukar untuk bersaing dengan Manchester United yang dikatakan pilihan utama dalam perebutan mendapatkan pemain muda England berkenaan.

Oleh yang demikian, sumber dari Daily Star mendedahkan Lampard telah menyenaraikan Corona sebagai pilihan alternatif untuk dibawa masuk ke Stamford Bridge yang pastinya pilihan jauh lebih murah.

Pemain berusia 27 tahun itu juga boleh beraksi di posisi pertahanan kanan sekiranya diperlukan. Beliau telah pun mencatat statistik yang cukup baik dengan menjaringkan dua gol serta 17 bantuan jaringan dalam semua pertandingan musim ini.

Pemantau bakat Chelsea dikatakan telah mengikuti rapat perkembangan pemain antarabangsa Mexico itu dan percaya kreativitinya boleh membantu bahagian serangan. Laporan mengatakan harga pemain itu mungkin hanya sekitar £26 juta (RM138 juta) sahaja.

Chelsea yang sudah pun ‘dibebaskan’ dari hukuman penggantungan perpindahan sebelum ini sudah tentu mahu membawa masuk beberapa pemain baharu memandangkan mereka juga bakal kehilangan Willian dan Pedro Rodriguez yang bakal tamat kontrak tidak lama lagi.

Mereka sudah pun berjaya mendapatkan Hakim Ziyech dari Ajax Armsterdam dan mereka kini dalam usaha untuk mendapatkan semula pemain Jeremy Boga yang sangat menyerlah bersama kelab Itali, Sassuolo. Bekas pemain akademi Chelsea itu boleh didapatkan menerusi klausa beli semula dengan harga £13 juta.

Chelsea baru-baru ini juga telah melanjutkan kontrak dua pemain senior, Willy Caballero dan Olivier Giroud untuk tempoh setahun lagi.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Chelsea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN