Kerana Enggan Bermain, Keluarga Deeney ‘Diserang’ Di Media Sosial

Troy Deeney

Penyerang Watford, Troy Deeney mendedahkan keluarganya kini menderita akibat ‘diserang’ di media sosial selepas beliau membuat pendirian untuk tidak kembali menjalani latihan bersama pasukan pada minggu lepas.

Deeney sebelum ini enggan mengambil bahagian dalam perancangan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk kembali menyambung semula perlawanan yang tertangguh akibat pandemik COVID-19 disebabkan keadaan kesihatan anaknya.

Kapten pasukan berusia 31 tahun itu mempersoalkan kewajaran ‘Project Restart’ yang dianggap terlalu awal dan tergesa-gesa sehingga memberi risiko kepada keselamatan dan kesihatan pemain, jurulatih, pegawai serta ahli keluarga mereka yang terlibat.

Malah pemain pertahanaN Newcastle United, Danny Rose secara terbuka mengatakan pemain EPL kini diibaratkan seperti ‘tikus makmal’ yang menjadi uji kaji sehingga merisikokan keselamatan dan kesihatan pemain, jurulatih serta pegawai pasukan yang terlibat demi kepentingan ‘pihak tertentu’.

“Ketika di mana orang bercakap tentang kesihatan mental dan disuruh untuk ‘cakap, luahkan, sila bersuara’, contohnya Danny Rose bersuara, saya bersuara dan kemudian kami juga yang dikecam dan dihentam hanya kerana bercakap atau meluahkan tentang kerisauan kami,” kata Deeney dalam satu temubual bersama CNN Sport.

“Bukan kami sahaja, malah isteri saya juga mendapat pelbagai mesej berbaur ugutan dan kecaman. Kebimbangan saya adalah mengenai keselamatan  keluarga saya. Saya ada anak berusia lima bulan yang menghidap penyakit pernafasan.

“Jadi untuk saya, masih ada banyak lagi persoalan yang belum dijawab. Saya ada bercakap dengan Profesor Jonathan van Tam yang bekerja dengan kerajaan. Dia yang telah membuat pelbagai kajian telah memberitahu masih ada risiko sekiranya saya kembali bermain bola sepak.”

Sebelum ini enam individu dari kelab EPL telah disahkan positif COVID-19 dan perkembangan terbaharu pula menyaksikan empat lagi individu positif dalam ujian saringan yang dibuat kali ketiga.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai ‘Project Restart’ EPL:

Leave a Reply