Louis Van Gaal: Chelsea Berjaya Dapatkan Pemain Yang Istimewa

Louis Van Gaal

Bekas pengurus skuad kebangsaan Belanda, Louis Van Gaal mengakui bahawa Chelsea telah berjaya mendapatkan seorang pemain yang istimewa dalam menguatkan jentera serangan kelab tersebut.

Pemain istimewa yang dimaksudkan oleh Van Gaal itu tidak lain dan tidak bukan iaitu pemain sayap lincah, Hakim Ziyech.

Ziyech dan Chelsea melengkapkan perpindahan ke Stamford Bridge itu pada 14 Februari lalu setelah memeterai kontrak selama lima tahun dengan yuran perpindahan bernilai €40 juta.

Dengan kualiti hebat dimiliki pemain skuad kebangsaan Maghribi itu, Van Gaal optimis Ziyech mampu untuk memberikan impak positif buat Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

”Dia [Hakim Ziyech] telah berkembang hebat ketika di Ajax. Tidak begitu banyak dalam kreativiti tetapi sebagai pemain berpasukan.”

”Orang ramai menyedari bahawa dia bekerja dengan amat keras untuk menjadi seorang pemain yang kreatif. Dan dia juga menjaringkan gol serta mencipta bantuan jaringan.”

Embed from Getty Images

”Keadaan itulah yang menjadikannya sebagai seorang pemain yang istimewa,” ujar Louis Van Gaal menurut laporan dikeluarkan Goal.

Sepanjang empat musim bersama Ajax, Hakim Ziyech telah melakukan 165 penampilan dan berjaya menjaringkan 49 gol dalam semua pertandingan disertai juara 34 kali Liga Eredivisie.

Tidak keterlaluan untuk memperkatakan kelibat gandingan Hakim Ziyech dan Christian Pulisic di unit serangan Chelsea pada musim hadapan pastinya amat dinantikan para penyokong The Blues.

Sebelum ini, bekas pemain Ajax dan Chelsea, Jesper Gronkjaer turut meluahkan keyakinan bahawa Ziyech mampu untuk menyinar dalam saingan liga paling popular di dunia itu.

”Ziyech adalah salah seorang yang berjaya mencuri tumpuan saya sejak dua musim terakhir ini walaupun dia bukanlah pemain lepasakan akademi Ajax.”

Kredit featured image: Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Hakim Ziyech:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN