La Liga Akhirnya Hukum Valencia Akibat Insiden Serangan Perkauman Vinicius Jr

Vinicius Jr

Insiden serangan perkauman melibatkan pemain Real Madrid iaitu Vinicius Jr yang berlaku sewaktu perlawanan menentang Valencia tempoh haritu telah mendapat tindakan oleh La Liga.

La Liga dikatakan telah mengambil tindakan dengan menghukum Valencia dengan mengenakan denda penutupan sebahagian kapasiti stadium untuk lima aksi mereka yang seterusnya di Mestalla.

Menurut laporan BBC Sport, La Liga mengarahkan Valencia untuk menutup dirian selatan (south stand) Mestalla yang merupakan lokasi di mana penyokong tuan rumah melemparkan serangan perkauman kepada Vinicius.

Hasil daripada siasatan yang dilakukan, pihak polis Sepanyol juga telah berjaya menahan tiga individu yang dilihat begitu hebat menyerang Vinicius dalam perlawanan tersebut.

Selain daripada didenda dengan penutupan sebahagian kawasan tempat duduk penyokong, Valencia juga turut didenda oleh La Liga menerusi hukuman wang.

Valencia didenda sebanyak £39 ribu (RM222 ribu) atas apa yang terjadi dan ini telah menyebabkan kelab itu tidak berpuas hati dengan apa yang menimpa mereka.

Pada hemat Valencia, hukuman yang diberikan terutamanya penutupan sebahagian kapasiti stadium adalah tidak adil buat mereka.

Lalu, mereka memilih untuk melakukan rayuan kepada La Liga agar hukuman itu boleh dikurangkan.

Dalam masa yang sama, La Liga juga telah menarik balik kad merah yang diberikan kepada Vinicius yang diterima pemain itu pada penghujung perlawanan tempoh hari.

Vinicius dibuang padang kerana bertindak kasar ketika marah kepada penyokong Valencia pada penghujung perlawanan kerana berang diserang perkauman oleh individu tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN