Seakan ‘Jual’ Perlawanan, Barcelona Cuba Bantu Real Valladolid Kekal Di La Liga

Real Valladolid

Berbaki beberapa perlawanan lagi sebelum La Liga menutup saingan musim ini namun Barcelona sudah mengesahkan kejuaraan liga terlebih menyebabkan mereka tiada tekanan dalam mengharungi aksi yang akan datang.

Ini yang terjadi apabila skuad kendalian Xavi Hernandez seakan-akan ‘menjual perlawanan’ ketika berhadapan dengan sebuah pasukan yang bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran – Real Valladolid.

Dalam perlawanan ini menyaksikan Barcelona tewas 1-3 kepada lawan mereka sekali gus menghidupkan peluang untuk Real Valladolid kekal di La Liga musim hadapan.

Barisan pemain yang diturunkan juga adalah pemain terbaik namun disebabkan kejuaraan sudah menjadi milik mereka, maka kemenangan bukan lagi menjadi keutamaan skuad ini.

Adakah dengan bantuan skuad Xavi ini akan membuahkan hasil buat Real Valladolid memburu kemenangan berbaki dua perlawanan terakhir?

Mereka harus menang dua perlawanan ini bagi menjamin kedudukan atau mengharapkan pasukan di bawah akan tercicir mata dalam perlawanan akan datang.

Biarpun peroleh tiga mata ke atas Barcelona, kedudukan pasukan ini belum lagi selamat kerana lawan mereka masih berbaki tiga perlawanan.

Perebutan untuk kekal di La Liga dijangka akan sengit apabila Real Valladolid akan bertemu Getafe di perlawanan terakhir dan kemungkinan besar hanya satu pasukan sahaja akan terselamat.

Setakat ini, hanya Elche sahaja yang sah akan diturunkan ke divisyen dua. Getafe dan Espanyol kini berada di zon penyingkiran berharap dapat mengejar Valladolild di minit-minit akhir liga.

Dengan hanya hanya mempunyai perbezaan tiga mata sahaja dengan zon penyingkiran, segala masih belum selamat buat mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN