Ronaldo Sujud Syukur Selepas Berjaya Jaringkan Gol Yang Sungguh Luar Biasa Mantap

Cristiano Ronaldo sujud syukur selepas kejayaan beliau menjaringkan gol yang sungguh luar biasa dahsyat bertemu Al-Shabab dalam aksi saingan Saudi Pro League awal pagi tadi.

Gol Ronaldo yang cantik dan menakjubkan itu berjaya membantu Al-Nassr untuk mencatatkan kemenangan 3-2, seterusnya menghidupkan peluang mereka untuk mencabar gelaran liga.

Pemain penyarang itu berjaya melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti dengan bola rembatan beliau itu melencong laju menerjah jaring gawang gol lawan.

Al-Nassr pada awalnya ketinggalan 2-0 sebelum mereka melakukan comeback untuk menewaskan Al-Shabab 3-2.

Al-Shabab membuka tirai jaringan mereka pada minit ke-25 permainan menerusi Cristian Guanca hasil dari sudut sepakan penalti.

Pemain penyerang itu kemudiannya berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-40 permainan dan melihat Al-Nassr sudah ketinggalan 2-0, jelas sekali ramai berfikir yang mereka tidak akan ada harapan lagi untuk mencabar gelaran liga.

Al-Nassr walau bagaimanapun berjaya melakukan comeback dengan Anderson Talisca cemerlang menjaringkan gol pertama mereka sebelum tamat aksi babak pertama permainan.

Masuk aksi babak kedua, Al-Nassr segera menunjukkan semangat yang berbeza dengan mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-51 permainan menerusi Abrulrahman Ghareeb.

Beberapa minit selepas itu, giliran Cristiano Ronaldo pula mencatat nama sebagai penjaring gol untuk Al-Nassr dengan bintang Portugal itu meledak gol yang sungguh luar biasa dahsyat untuk bantu Al-Nassr catat kemenangan 3-2 dalam perlawanan tersebut.

Bekas bintang Manchester United itu mendapat bola dari jarak 30 ela dengan beliau kemudiannya membawa bola ke arah kotak penalti Al-Shabab.

Ronaldo melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti dengan bola rembatan beliau melencong masuk menerjah jaring gawang gol lawan.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu meraikan gol beliau dengan melakukan sujud syukur dengan para pemain turut memberikan tepukan gemuruh untuk bintang veteran itu.

Peminat bahkan turut terkejut melihat Ronaldo melakukan sujud syukur ketika meraikan gol tersebut kerana keraian itu kebiasaanya dilakukan oleh pemain beragama Islam.

Mungkin kerana beliau berjaya menjaringkan gol selepas gigih berdoa, maka Ronaldo bersujud tanda beliau bersyukur atas kejayaannya itu.

Al-Nassr kini sedang bersaing rapat dengan Al-Ittihad dalam perebutan gelaran liga musim ini dengan mereka kini hanya dipisahkan dengan jurang tiga mata sahaja.

Masih berbaki dua perlawanan sebelum berakhirnya saingan musim ini, Al-Nassr jelas sekali sangat berharap agar Al-Ittihad akan keciciran mata agar mereka boleh memintas di akhir saingan nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN