Ronaldo Keluarkan Kenyataan Tentang Liga Arab Saudi Yang Mengejutkan Peminat Seluruh Dunia

Cristiano Ronaldo tampil mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan peminat seluruh dunia tentang Saudi Pro League ketika temu bual beliau selepas tamat aksi bertemu Al-Shabab awal pagi tadi.

Pemain terhebat sepanjang zaman Portugal itu berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Al-Nassr ketika menewaskan Al-Shabab 3-2.

Ronaldo berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa dahsyat dalam perlawanan tersebut, dan ramai yang menganggap itu adalah gol tercantik beliau di Arab Saudi.

Beliau menerima bola dari jarak 30 ela dengan Ronaldo kemudiannya membawa bola ke arah kotak penalti sambil melepasi pemain pertahanan lawan.

Bekas bintang Manchester United itu kemudiannya melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti dengan bola rembatan beliau melencong cantik menerjah jaring gawang gol lawan.

Ronaldo meraikan gol penting itu dengan melakukan sujud syukur dan jelas sekali seluruh kem Al-Nassr juga sangat gembira dengan gol tersebut yang mana ia membantu mereka mengutip tiga mata penuh dari perlawanan tersebut.

Al-Nassr kini hanya tiga mata sahaja di belakang pendahulu saingan Liga, Al-Ittihad dan sepertinya mereka masih berkesempatan untuk muncul sebagai juara pada musim ini.

Kenyataan Ronaldo yang mengejutkan peminat seluruh dunia

Selepas menjadi wira untuk skuadnya, Ronaldo telah dipanggil untuk satu sesi temu bual di atas padang selepas tamat perlawanan tersebut.

Pemain berusia 38 tahun itu telah ditanya oleh wartawan tentang apa pandangan beliau terhadap kualiti saingan Saudi Pro League.

Memang tidak akan mengejutkan untuk mendengar Ronaldo memuji liga yang mana beliau sedang beraksi, tapi ketika mendengar dakwaan dari pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu, wajar untuk semua peminat terkedu.

Ronaldo menegaskan yang beliau percaya liga Arab Saudi bakal menjadi antara lima liga terbaik dalam dunia bola sepak.

“Kami semakin baik dan liga Saudi kini semakin bagus dan tahun depan tentu akan menjadi lebih bagus.”

Jelas Ronaldo.

“Langkah demi langkah saya rasa liga ini akan jadi antara lima liga terbaik dunia cuma mereka perlukan masa, pemain dan infrastruktur.”

“Tapi saya percaya yang negara ini ada potensi yang menakjubkan, mereka ada orang-orang hebat dan liga ini akan jadi lebih menakjubkan pada pandangan saya.”

Mendengar kenyataan dari Ronaldo itu jelas sekali ramai peminat yang terkejut beruk kerana dengan tiba-tiba beliau boleh yakin liga Arab Saudi akan menjadi lima liga terbaik dalam dunia bola sepak.

Namun, ketika memikirkan kemampuan mereka dari segi kewangan, sebenarnya tiada yang mustahil untuk berlaku.

Cuma, untuk menjadikan liga Arab Saudi sebagai antara lima liga terbaik dunia, sepertinya ia tidak mustahil namun agak sukar sebenarnya untuk melihat hal itu berlaku.

Di Eropah sendiri sudah ada lima liga yang sangat kukuh seperti Premier League, Bundesliga, Serie A dan Ligue 1.

Itu tidak termasuk liga-liga lain seperti Eredivisie dan Liga Portugal.

Selain itu, terdapat juga liga-liga hebat di negara lain seperti Brazilian Serie A, Major League Soccer, Mexico Liga MX, Turkish Super Lig dan Argentina Primera Division.

Saudi Pro League tidak dinafikan mampu untuk bersaing dengan liga-liga tersebut, namun jelas sekali terlalu banyak lagi perkara yang perlu mereka lakukan untuk memastikan hal itu menjadi kenyataan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN