Kualiti Pemain Tempatan Kedah Kini Merosot, Apa Dah Jadi?

Sejak beberapa musim ini, Kedah Darul Aman (Kedah) tidak lagi menjadi antara pasukan yang aktif menghasilkan bintang-bintang tempatan berkualiti untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) atau skuad kebangsaan.

Sejak kali terakhir mereka memperkenalkan Aiman Afif untuk skuad kebangsaan, pasukan tersebut mula sepi tanpa bintang-bintang muda yang menonjol untuk dihebahkan.

Umum mengetahui Sang Kenari pada suatu ketika menjadi antara pasukan yang aktif melahirkan ramai bintang muda, serta menaikkan mutu pemain tempatan untuk menjadi lebih baik di peringkat tertinggi.

10 Pemain Muda Kedah (Bawah-23) Berpotensi Besar Yang Perlu Anda Kenal

Jika ditelusuri era kejurulatihan Tan Cheng Hoe, Kedah telah melahirkan ramai bakat muda berkualiti untuk membarisi skuad utama serta berhijrah ke kelab baharu di serata Malaysia.

Syafiq Ahmad, Ifwat Akmal Chek Kassim, Amirul Hisyam Bin Awang Kechik, Akhyar Rashid, serta ramai lagi antara bintang muda yang mendapat tempat dengan sangat baik buat pasukan.

Malah, Kedah juga turut menjadikan pemain senior lain untuk tampil lebih berkualiti sehingga terpilih menyertai skuad kebangsaan suatu ketika seperti Syazwan Zainon, Rizal Ghazali, Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan dan lain-lain.

Pendek kata, pasukan ini suatu ketika konsisten dalam menaikkan bakat-bakat tempatan untuk menjadi antara paling berkualiti dalam arena bola sepak tanah air.

Namun sejak kebelakangan ini, segalanya tampil dengan tidak begitu baik buat Kedah dalam menaikkan mutu pemain bola sepak tempatan ke arah lebih baik.

Kemuncaknya dapat dilihat pada perlawanan terbaharu Sang Kenari ketika bertemu Terengganu, setelah ada jurang yang agak besar ketika perbandingan dibuat membabitkan pemain tempatan Kedah bersama Sang Penyu.

Malah, nama Kedah juga kini agak sepi untuk mendapat perhatian kejurulatihan kebangsaaan bagi tersenarai bersama skuad kebangsaan selain Lee Andrew Tuck.

12 ‘Ubi’ Kedah Terpilih Untuk Sertai Sesi Latihan Bersama Real Madrid

Ketika ini, kualiti pemain tempatan Kedah menjadi isu perdebatan di media sosial dengan membabitkan para penyokong Sang Kenari yang risau dengan keadaan tersebut.

Malah, dua pemain yang sebelum itu dianggap sebagai masa depan baharu Kedah iaitu Fayadh Zulkifli dan Fadzrul Danel juga masih lagi belum mencapai tahap sebenar biarpun sudah beraksi selama beberapa musim untuk skuad senior.

Begitu juga dengan bintang muda Kedah iaitu Aiman Afif yang kini agak perlahan proses pembangunan beliau untuk diserap masuk sebagai pemain senior buat Sang Kenari.

Adakah ianya berpunca daripada pemain import atau slot naturalisasi itu sendiri?

Pastinya tidak, jika anda melihat bagaimana Arif Aiman Hanapi, Nathaniel Shio Hong Wan, serta Feroz Baharudin sedang mengecapi detik terbaik mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT) walaupun pasukan itu memiliki rantaian pemain bintang.

Selain kepercayaan tinggi perlu diberikan, adalah tugas jurulatih itu sendiri untuk menaikkan moral bintang muda serta terus meningkatkan kualiti mereka menerusi sesi latihan agar tiada rasa selesa timbul dalam kalangan pemain tempatan.

Contohi JDT: Kelab Dilimpahi Barisan Bintang Terbuka Beri Peluang Buat Pemain Muda

Selain Kedah, kebanyakan kelab lain berbanding JDT, Selangor, dan Terengganu juga memiliki masalah serupa iaitu kualiti pemain muda yang tidak begitu memuaskan dalam persaingan liga.

Apapun, alasan kuota lambakan import dan naturalisasi tidak perlu dijadikan alasan, kerana ia merupakan satu cabaran buat pemain tempatan untuk menggandakan usaha sebenarnya bagi menyaingi mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN