Trent Alexander-Arnold Dilabel Sebagai Pemain Tengah Terbaik England

Bintang Liverpool, Alexander-Arnold boleh dikatakan sedang menikmati tahun terbaik beliau bersama England selepas mengalami musim sedikit suram bersama The Reds dalam persaingan English Premier League (EPL).

Alexander-Arnold menjadi antara pemain yang dikritik keras oleh segelintir penyokong di media sosial selepas aksinya selaku pertahanan Liverpool tampil dengan tidak begitu konsisten.

Alasan Mengapa Persembahan Trent Alexander-Arnold Semakin Merosot

Walaupun begitu, perubahan posisi yang diletakkan kepada Alexander-Arnold di bahagian tengah bersama England jelas membuka mata banyak pihak selepas beliau tampil dengan begitu cemerlang.

Dalam dua aksi antarabangsa yang membabitkan England sebelum itu, Alexander-Arnold telah pun beroperasi sebagai pemain tengah dan hasilnya beliau beraksi dengan sangat cemerlang.

Kualiti ditampilkan oleh Alexander-Arnold ketika itu memastikan England untuk mencatat dua kemenangan besar mengatasi Malta dan Macedonia Utara bersama aksi cukup cemerlang.

Malah, Alexander-Arnold turut menjadi salah seorang yang memainkan peranan penting untuk rakan sepasukan lain dalam mendapatkan jaringan selain menguasai posisi tengah sepanjang permainan berlangsung.

Aksi yang ditampilkan oleh Alexander-Arnold itu menyaksikan beliau telah mendapat perhatian daripada salah seorang pengulas sukan terkenal iaitu Dean Saunders yang jelas berpuas hati dengan kualiti dimiliki pemain tersebut.

Jelas Saunders, kehebatan pemain berusia 24 tahun itu kini setaraf kualiti dimiliki oleh bintang West Ham United iaitu Declan Rice untuk memimpin jentera tengah England.

Ketika ini, Saunders telah menyarankan kepada Jurgen Kloop supaya mendapatkan seorang pertahanan kanan berkualiti kerana posisi tengah boleh dilepaskan kepada Alexander-Arnold musim hadapan.

Pada masa sama, Alexander-Arnold juga mengakui kini beliau sangat selesa beraksi di posisi tengah dan menyatakan dirinya memiliki potensi untuk terus bermain di bahagian tengah.

“Saya tidak beraksi dengan begitu banyak, tetapi saya sangat selesa untuk bermain di posisi tengah kini bersama pasukan.

“Rasanya saya seperti sudah terbiasa di situ, itu yang boleh dikatakan. Ianya seperti saya boleh melihat diri ini bermain sebaik mungkin.

“Saya nak pastikan diri ini akan terus kekal bermain di pentas antarabangsa bersama England dan ianya sesuatu yang baik untuk diusahakan,” jelas Alexander-Arnold menerusi Sportbible.

Apapun, ianya merupakan sesuatu yang positif kini buat Liverpool, selepas pasukan tersebut menghadapi kesukaran di posisi tengah sejak awal musim lalu.

Menerusi kualiti dimiliki Alexander-Arnold, maka tidak salah untuk Kloop memberi ruang buat pemain ini menyerlah di posisi baharu pada musim akan datang.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN