Sudah ‘Belasah’ KL City, Esteban Solari Masih Belum Puas

Esteban Solari

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki terutamanya daripada segi fokus meskipun menang 6-1 ke atas Kuala Lumpur City untuk aksi Liga Super baru-baru ini.

Ini berikutan Kuala Lumpur menjadi pasukan ketiga selepas Kelantan dan Terengganu yang berjaya menembusi gawang JDT di pentas liga setakat ini.

Bagi Solari, anak buahnya telah menampilkan persembahan menyakinkan dalam tempoh separuh masa pertama untuk meraih jaringan berganda namun corak permainan kian lemah di babak kedua sehingga memberi ruang kepada lawan meledak gol.

Walaubgaimanapun, beliau merasakan kelalaian barisan pemain ketika itu antara aspek yang akan diambil kira sebagai penambahbaikan agar ia tidak berulang lagi terutamanya pada aksi final Piala FA, 22 Julai ini.

“Kami bermain dengan cukup baik pada separuh masa pertama di mana pemain-pemain berusaha keras untuk mencari jaringan.

“Tetapi ia berbeza pada separuh masa kedua apabila mereka tidak boleh mengekalkan rentak permainan dan saya percaya ianya tidak mudah walaupun kami dah dapat empat gol pada babak pertama.

“Penting sebenarnya untuk terus kekal tanpa bolos tetapi kami hilang fokus sehingga lawan boleh pegang bola.

“Sudah tentu banyak yang kita perlu perbaiki dan salah satunya adalah fokus untuk pemain kekal menumpukan perhatian,” jelasnya.

Kemenangan berterusan JDT itu mengekalkan mereka di takhta liga dengan 45 mata setakat ini.

Dalam aksi Liga Super lain yang turut berlangsung semalam adalah Terengganu FC yang menang tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman.

Pengendalinya, Tomislav Steinbruckner tetap puas walaupun hanya dengan satu gol sahaja apatah lagi tanpa kehadiran tonggak utama seperti Argzim Redzovic dan Ivan Mamut.

“Saya boleh katakan saya puas dengan satu gol menerusi Engku Nur Shakir dan Nik Sharif Haseefy juga turut melakukan tugas yang baik.

“Jika kami dapat menambah jaringan lebih awal sudah pasti akan dapat memberi kelebihan kepada kami dan kita kena berhempas pulas untuk tiga mata ini.

“Tetapi saya tidak boleh salahkan pemain-pemain saya dan cukup bagus kami dapat menang malam ini (semalam),” jelasnya.

Dalam keputusan lain semalam menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua selepas menang 2-1 ke atas Kuching City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN