12 ‘Ubi’ Kedah Terpilih Untuk Sertai Sesi Latihan Bersama Real Madrid

Kedah Darul Aman (Kedah), sememangnya sinonim dengan penghasilan para pemain muda yang sangat berkualiti sejak beberapa tahun lalu lagi dan kini ianya masih giat diteruskan.

Pemain-pemain muda yang pada suatu ketika menyerlah bersama Kedah kini sudah pun mendapat tempat tersendiri bersama pasukan masing-masing serta beraksi di peringkat lebih jauh.

Lihat sahaja Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad, Baddrol Bakhtiar, serta ramai lagi pemain yang suatu ketika dilahirkan oleh program pembangunan bola sepak Kedah sudah cukup dikenali dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Terbaharu, Sang Kenari terus membuktikan mereka tidak pernah putus untuk menghasilkan bakat-bakat muda berkualiti selepas 12 bintang muda negeri tersebut bakal menjalani sesi latihan bersama pasukan terkemuka di Eropah.

Menerusi laporan dikeluarkan para pemain muda Kedah terpilih yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMK TATAR) bakal berkampung di Sepanyol untuk menjalani sesi latihan asas bersama Real Madrid.

Seperti diketahui, Real Madrid merupakan salah satu pasukan yang kaya dengan kejayaan mereka di Eropah, serta telah melahirkan ramai bintang muda di seluruh dunia.

Para pemain muda bertuah ini merupakan mereka yang terpilih daripada program dikelolakan oleh TH Global Football Camp (THGFC) menerusi kerjasama dibuat dengan Real Madrid Foundation Clinic.

Sesi latihan tersebut bakal berlangsung selama tujuh hari bermula dari 18 sehingga 24 Jun bertempat di Ciudad, Madrid, Sepanyol untuk tunas masa hadapan ini mendapat pengalaman berguna.

Para pemain muda yang berusia 14 tahun ini juga merupakan sebahagian daripada skuad Akademi Kedah Darul Aman (KDA F) dan terpilih selepas mereka menjuarai kejohanan bola sepak anjuran THGFC di Pulau Pinang.

Jelas pengasas kepada THGFC iaitu Tunku Datuk Harrunarasheed Putra Tunku Annuar, tujuan program tersebut digiatkan adalah untuk memberi pengalaman berharga kepada bintang muda negeri itu mendapat pendedahan terbaik dalam kalangan jurulatih profesional di Real Madrid.

“Program ini juga mendedahkan kepada pemain berkaitan aspek program teknikal dan taktikal daripada jurulatih di sana dan boleh meluaskan pelajaran dan pengalaman di peringkat antarabangsa.

“Saya berharap selepas menimba pengalaman ini, mereka akan memiliki pengetahuan yang lebih luas serta berpeluang melebarkan kerjaya dalam karier bola sepak di Malaysia atau di mana sahaja,” katanya menerusi Harian Metro.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Untuk rekod, ianya merupakan penganjuran kali kedua dengan membabitkan pembangunan pemain muda, selepas kejayaan pada tahun 2019 ketika mereka membawa sekumpulan bintang masa hadapan negara menyertai sesi latihan bersama Borussia Dortmund.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN