Apa Man United Perlu Buat Untuk Cabar Kejuaraan EPL Musim Depan?

Manchester United boleh dianggap telah melalui satu musim yang sangat baik dalam setiap saingan dihadapi bawah kendalian pengurus berpengalaman, Erik Ten Hag untuk menjadi salah satu pasukan paling menyerlah.

Selepas enam musim kemarau tanpa sebarang kejuaraan, tampil Ten Hag untuk menghadiahkan piala pertama beliau iaitu Carabao Cup dan menaikkan kembali harapan para penyokong.

Walaupun mereka gagal mendakap kejuaraan Piala FA, secara keseluruhan ini merupakan musim yang sangat baik buat United dan mendapat pujian positif daripada ramai pemerhati bola sepak.

Namun, ada sesuatu yang masih jauh untuk digapai mereka terutama sekali dalam aspek taktikal, persediaan lebih baik, serta rantaian pemain jika mereka ingin menyaingi kelab tetangga, Manchester City.

Peralihan kuasa baharu

Ketika ini, keluarga Glazer masih lagi menjadi pemilik United sambil menanti dua pembida baharu pasukan tersebut iaitu Sheikh Jassim serta Sir Jim Ratcliffe selepas membida sejak beberapa bulan.

Ianya dianggap sangat penting kerana keluarga Glazer kini dianggap sebagai toksik buat pasukan serta diakui oleh bekas legenda United sendiri iaitu Gary Neville.

Jika peralihan kuasa baharu berlaku, keadaan kelab pastinya akan mengalami pemulihan semula dan ia memudahkan untuk Ten Hag membuat senarai keperluan musim hadapan.

Sehingga kini, hanya Sheikh Jassim dilaporkan bakal menjadi pemilik baharu United untuk menggantikan keluarga Glazer.

Sasaran utama pemain baharu

Sebelum ini Ten Hag pernah menegaskan beliau akan menjadi antara pengurus yang membuat perbelanjaan baharu untuk mendapatkan beberapa pemain untuk memperkukuhkan skuad.

Sasaran utama Ten Hag kini pastinya terarah kepada posisi penyerang dengan beberapa nama telah dikaitkan bersama pasukan tersebut terutama sekali bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Musim ini menyaksikan jentera serangan United tampil dengan sangat tumpul selepas mereka lebih mengharapkan kepada Marcus Rashford dalam usaha mendapatkan jaringan buat pasukan.

Dengan tidak ramai pemain serangan berkualiti dimiliki Ten Hag, Kane diletakkan sebagai sasaran utama walaupun pemilik Hotspurs menyatakan mereka tidak sedia menjual penyerang itu kepada The Red Devils.

United perlu bertindak dengan lebih pantas jika mereka sebetulnya serius menjadikan Kane sebagai sasaran utama, atau sejarah musim lalu mungkin berulang ketika mereka kehilangan khidmat Frenkie de Jong walaupun secara mengejutkan selepas itu pasukan tersebut menandatangani Casemiro.

Selain Kane, Sportbible turut mendedahkan beberapa lagi penyerang turut berada dalam senarai mereka iaitu Rasmus Hojlund serta Randal Kolo Muani.

Mungkin juga mereka perlu melihat keadaan semasa Marcus Thuram selepas pemain tersebut dilaporkan masih belum menandatangani kontrak bersama mana-mana kelab.

Siapa patut dilepaskan?

Pemain seperti Harry Maguire dan Anthony Martial sepatutnya berada dalam sasaran utama kelab untuk dilepaskan pada musim akan datang kepada pasukan baharu.

Namun laporan terkini menyatakan kedua pemain tersebut tidak bersedia untuk keluar selain masalah kecederaan mungkin menyaksikan agak sukar untuk kelab baharu menilai pemain-pemain tersebut.

Eric Bailly dan Alex Telles yang dipinjamkan kepada kelab baharu mungkin patut dilepaskan terus di sana, selain Brandon Williams dilihat tidak mempunyai masa depan cerah buat United.

Secara realistik, Anthony Elanga, Scott McTominay, dan David de Gea juga patut dilepaskan sekiranya pasukan mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan pengganti.

Sementara Facundo Pellistri dan Amad Diallo mungkin wajar dipinjamkan kepada pasukan baharu, atau Ten Hag mempunyai perancangan kepada dua pemain tersebut.

Tambahan lain buat kelab

United juga dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Chelsea untuk musim hadapan iaitu Mason Mount bagi memperkukuhkan aspek serangan.

Jika bukan Mount, mungkin kelab juga wajar menilai semula beberapa lagi pemain tengah berkualiti untuk memberi sokongan kepada Bruno Fernandes serta Casemiro.

Kim Min-jae juga dilaporkan berada pada senarai teratas pemain pertahanan baharu ditagih oleh Ten Hag selain ada penyokong mendesak untuk penjaga gol baharu seperti Andre Onana.

Kesimpulan

United mungkin tidak menganggap Arsenal sebagai contoh untuk mereka tampil baik pada musim hadapan selepas melihat kerja yang dibuat oleh Mikel Arteta.

Tetapi, mereka perlu mengakuinya Arteta sudah pun melakukan segalanya dengan sangat cemerlang untuk menjadi salah satu pencabar kejuaraan dengan ramai barisan pemain muda.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Menerusi pemain-pemain yang berusia seperti Raphael Varane, Casemiro, dan Eriksen, mungkin pasukan tersebut perlu menyasarkan lebih ramai bintang muda masa hadapan.

Selain memberi tumpuan kepada Kane, adalah lebih baik United juga menyasarkan beberapa penyerang muda berkualiti untuk saingan musim hadapan.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN