Man United Perkenal ‘Harga Rahmah’ Untuk Kelab Lain Dapatkan Harry Maguire

Pertahanan bintang Manchester United, Harry Maguire dilaporkan bakal menjadi antara pemain yang ingin dijual oleh kelab tersebut untuk saingan musim hadapan.

Maguire boleh dianggap berada pada prestasi yang sangat tidak memberansangkan musim ini, selain tidak menjadi antara pemain pilihan utama pengendali kelab, Erik ten Hag.

Walaupun tampil dengan sangat positif bersama England, kelibat Maguire bersama United jelas tidak seperti diharapkan oleh para peminat dan prestasi ditampilkan pemain ini juga tidak meningkat.

Musim ini menyaksikan Maguire hanya beraksi sebagai kesebelasan utama dalam tujuh perlawanan serta selebihnya hanya menghuni bangku simpanan untuk menjadi pemain simpanan.

Jumlah keseluruhan aksi Maguire bawah kendalian Ten Hag ketika ini bersama The Red Devils cuma membabitkan 15 perlawanan sahaja berbanding musim lalu dengan muka pemain tersebut kerap menghiasi kesebelasan utama.

Kemasukan Raphael Varane serta Lisandro Martinez yang beraksi dengan begitu baik selaku pertahanan tengah juga menjadi faktor mengapa Maguire sering dipinggirkan kelab pada musim ini.

Kali terakhir Maguire diberi peluang beraksi penuh 90 minit ketika mereka mencatat kekalahan 0-3 kepada Sevilla dalam perlawanan suku akhir Europa League, dengan kelibat pertahanan tersebut tampil mengecewakan para peminat.

Walaupun musim ini menjadi sesuatu yang lebih baik untuk United setelah memperoleh gelaran juara Carabao Cup serta mara ke final Piala FA, aksi Maguire sehingga kini masih menjadi pertikaian para penyokong selepas tiada peningkatan dipamerkan beliau.

Menurut laporan daripada Sportbible, United sedia menerima mana-mana tawaran daripada kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat Maguire dengan nilai perpindahan sebanyak £40 juta sahaja.

Ianya dianggap sangat murah, selepas pasukan tersebut mendapatkan khidmat Maguire sebelum itu daripada Leicester City pada musim 2019 dengan nilai sebanyak £80 juta.

Ketika ini dilaporkan dua kelab menunjukkan rasa minat untuk mendapatkan khidmat Maguire iaitu West Ham United serta Tottenham Hotspur.

Selain ingin melepaskan Maguire, United juga kini sudah pun mempamerkan rasa serius untuk terus memantau khidmat penyerang kebangsaan England iaitu Harry Kane.

Kane menjadi antara pemain paling popular yang berada dalam sasaran kelab tersebut, selepas Ten Hag menyatakan ingin merombak bahagian serangn ke arah lebih baik berbanding musim ini.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN