Faktor Pengalaman Jadi Punca Perak Tewas Besar Di Tangan Selangor

Perak gagal untuk menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri pada aksi terbaharu Liga Super 2023, dengan mencatat kekalahan seterusnya pula di tangan Selangor menerusi keputusan penuh 0-4.

Pada aksi tersebut, Selangor meneruskan rekod cemerlang mereka dalam aksi liga selepas merekodkan kemenangan kali kelapan musim ini untuk menduduki carta kedua.

https://www.instagram.com/p/Csd8BRmr0Pb/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==

Sementara Perak, mereka berada di tangga ke-11 liga selepas mengumpul kekalahan keenam musim ini setelah tumpas di tangan Selangor pada aksi terbaharu.

Walaupun mencatat kemenangan tipis 3-2 sebelum itu untuk mengatasi Kelantan, momentum terbaik skuad kendalian Datuk Lim Teong Kim gagal dipertahankan ketika bertemu Selangor.

Malah, mereka juga bakal bertemu satu lagi tugas berat pada aksi seterusnya untuk berdepan Terengganu dalam misi memperbaiki kedudukan semasa carta liga.

Pada perlawanan tersebut, beberapa kelemahan serta faktor dilihat mengapa Perak gagal untuk menyaingi pasukan pelawat sepanjang 90 minit permainan berlangsung.

Antara paling ketara pastinya daripada segi pengalaman pemain-pemain Perak yang kebanyakan masih lagi hijau untuk beraksi di pentas tertinggi dalam Malaysia.

Pada aksi tersebut, Lim telah menyenaraikan empat pemain muda bawah 23 tahun dalam kesebelasan utama untuk menentang Selangor yang rata-rata dibarisi pemain berpengalaman.

Kelemahan tersebut jelas dapat dilihat, selepas beberapa kali pemain Selangor lebih bijak memanipulasi keadaan serta tenang menghadapi tekanan berbanding tuan rumah yang sedikit kelam kabut serta cepat diamuk dengan emosi.

Malah dalam senarai simpanan juga, hampir keseluruhan pemain pasukan Perak dibarisi oleh pemain muda yang masih mentah untuk menangani situasi permainan seperi ini.

Ketiadaan tenaga import di posisi serangan

Sebenarnya, Perak hampir menghukum kealpaan Selangor dalam beberapa situasi serangan balas, terutama sekali ketika perlawanan di separuh masa kedua.

Namun, segalanya tidak dapat diterjemahkan ke arah bentuk gol dengan para pemain lain bergantung tinggi kepada Hadi Fayyadh sebagai penyerang utama.

Ketiadaan Christian Obiozor dan Seo Seonung jelas dirasai, selepas Perak kerap ditewaskan oleh pertahanan Selangor menerusi pertarungan fizikal serta pengalaman.

Pertahanan Perak gagal tangani Faisal Halim

Salah satu kelemahan ketara pada perlawanan ini buat Perak pastinya terarah kepada pertahanan mereka yang gagal untuk menyekat kemaraan Faisal Halim.

Pada perlawanan ini, Faisal merupakan pemain yang sangat efektif untuk mencetuskan siri serangan berbahaya buat Selangor di segenap posisi.

Kelincahan serta kebijaksanaan Faisal yang mengatasi pertahanan Perak jelas dapat dilihat pada perlawanan ini selain tuan rumah juga seolah buntu untuk mengawal pemain lain daripada melepasi garisan penalti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN