Kebodohan Arsenal Pacu Man City Juara EPL Musim 22/23

Belum pun saingan English Premier League (EPL) tamat, Manchester City sudah pun mengesahkan kejuaraan mereka untuk kali ketiga berturut-turut selepas pesaing mereka, Arsenal tewas pada perlawanan pagi tadi.

Arsenal yang sebelum ini menghuni kedudukan teratas EPL untuk tempoh masa yang lama gagal mempertahankan posisi tersebut, setelah tampil tidak konsisten dalam beberapa perlawanan terakhir.

Apatah lagi, City juga dilihat sudah mula tampil dengan lebih garang menerusi kebijaksanaan Pep Guardiola yang menyusun strategi menjelang minggu-minggu terakhir persaingan liga.

City yang kini berbaki dua perlawanan berbanding Arsenal masih lagi kekal selaku pendahulu liga dan sudah pun layak dinobatkan sebagai juara musim 2022/2023 untuk mengetepikan cabaran The Gunners.

Sebelum itu, Arsenal dilihat masih lagi mempunyai sedikit peluang sambil mengharapkan keajaiban supaya City kalah untuk kembali meraih kemenangan pada aksi menentang Nottingham Forest.

Namun, sesuatu tidak dijangka berlaku selepas pasukan Steve Cooper itu tampil mencipta kejutan untuk mengatasi Arsenal menerusi kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan tunggal daripada penyerang berbisa mereka, Taiwo Awoniyi.

Jaringan yang terhasil pada minit ke-19 itu jelas menyebabkan skuad kendalian Mikel Arteta tergamam sebelum beberapa percubaan untuk cuba mencipta kebangkitan dibuat.

Namun keputusan permainan kekal sehingga ke wisel penamat untuk berpihak kepada pasukan tun rumah, walaupun Arsenal lebih mendominasi permainan serta banyak mencipta peluang-peluang berbahaya.

City yang masih mempunyai baki tiga permainan secara keseluruhan kini tidak perlu merasai sebarang tekanan lagi dengan aksi seterusnya membabitkan pertemuan bersama Chelsea, Brighton & Hove Albion, serta akhir sekali Brentford.

Malah, City juga mempunyai peluang untuk memperoleh kejuaraan UEFA Champions League (UCL) bertemu Inter Milan 11 Jun ini dalam misi Pep untuk menghadiahkan trofi sulung tersebut buat penyokong The Cityzens.

Sebelum itu, mereka perlu menghadapi Manchester United untuk membuat perhitungan terakhir dalam misi merebut kejuaraan Piala FA pada 3 Jun di Stadium Wembley.

Arsenal pula hanya mempunyai satu lagi baki perlawanan selepas ini untuk bertemu Wolves pada 28 Mei dan ianya hanya suatu penamat tanpa sebarang makna untuk merebut lagi kejuaraan pada saat akhir musim 2022/2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN