Contohi JDT: Kelab Dilimpahi Barisan Bintang Terbuka Beri Peluang Buat Pemain Muda

Sebut sahaja Johor Darul Ta’zim (JDT), kebanyakan akan menganggap pasukan ini mementingkan barisan pemain ternama sahaja untuk diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama.

Namun, itu mungkin berlaku ketika awal kemunculan pasukan tersebut yang menyaksikan mereka giat menandatangani pemain-pemain bintang di Malaysia untuk tampil serba mencabar bersama kelab lain.

Ketika ini, JDT jelas menjadi salah satu pasukan yang wajar dicontohi kelab lain kerana tampil lebih mesra untuk memberi peluang bintang-bintang muda menyerlahkan potensi.

Siapa sahaja kenal Feroz Baharudin sebelum ini? Kini pertahanan tersebut boleh dianggap sangat membanggakan kerana tahun 2023 menyaksikan beliau berjaya meraih kesebelasan utama dalam semua perlawanan dihadapi bersama JDT.

Malah, konsistensi dipamerkan Feroz sejak musim lalu berjaya menyaksikan beliau turut dipanggil untuk menyertai skuad senior kebangsaan tahun ini dan mencipta aksi sulung bawah kendalian Kim Pan-gon.

Tampil dengan fizikal yang baik, Feroz juga berjaya menyaingi Shahrul Saad untuk merebut kesebelasan utama untuk bergandingan baik bersama Jordi Amat Maas di posisi pertahanan.

Selain Feroz yang berjaya mengetepikan Shahrul Saad, hadir juga bintang muda berbakat yang kini mendapat tempat dalam kesebelasan utama JDT iaitu Nathaniel Shio Hong Wan.

Hong Wan yang sebelum ini beraksi di England bersama Wolverhampton Wanderers merupakan satu lagi pemain muda yang semakin mendapat tempat di hati penyokong Harimau Selatan.

Ketenangan beliau mengawal tempo permainan di tengah serta matang untuk membuat keputusan menjadikan beliau sebagai pilihan utama pasukan berbanding Natxo Insa atau Nazmi Faiz Mansor.

Sehingga enam perlawanan ini, JDT jelas tidak takut untuk menggunakan pemain muda dalam kesebelasan utama kerana keyakinan mereka sendiri untuk berdepan mana-mana pasukan.

Pemain muda yang diberi ruang ini bukan sahaja sekadar ‘tangkap muat’, tetapi memberi aksi yang cukup berkualiti sehingga sesetengah daripada mereka menenggelamkan nama import.

Selain dua pemain disebut itu, rasanya semua sudah tahu mengenai kehandalan Arif Aiman Hanapi serta Ramadhan Saifullah yang masing-masing sudah mengukuhkan nama pada usia muda.

Adakah JDT akan kekal dengan senarai pemain muda disebut itu sahaja?

Berdasarkan polisi JDT yang mesra kepada semua pemain berbakat, para penyokong mungkin akan dapat melihat nama-nama baharu seperti Daryl Sham, Najmudin Akmal, Fergus Tierney, Umar Hakeem, Aysar Hadi, dan ramai lagi.

Nama-nama disebut ini sudah mula memberi isyarat yang mereka kini bersedia untuk dipanggil menyertai skuad utama, sekiranya mana-mana bintang senior semakin menurun prestasi.

Pada masa akan datang, kita mungkin tidak akan melihat Arif sebagai bintang muda JDT lagi, sebaliknya beliau akan memimpin barisan-barisan tunas baharu buat pasukan tersebut dalam skuad utama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN