Kelibat Arif Aiman Jadi Faktor Pertahanan Sabah Sentiasa ‘Pening’ Di SSI

Kelibat Arif Aiman Hanapi terus menjadi bahan bualan para penyokong ketika ini, selepas aksi cemerlang beliau sekali lagi membantu johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan keenam dalam saingan Liga Super 2023.

Pada perlawanan tersebut, JDT berjaya meraih kemenangan berharga menerusi keputusan penuh 4-0 untuk mengetepikan cabaran pelawat di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Empat jaringan JDT terhasil menerusi Arif Aiman Hanapi, Juan Muniz Gallego, Syahmi Safari, dan Fernando Forestieri untuk masing-masing mencatat nama selaku penjaring gol tuan rumah.

Sepanjang perlawanan berlangsung, kelibat Arif jelas mencuri tumpuan walaupun pemain ini sebelum itu disahkan mengalami kecederaan ketika bersama skuad kebangsaan.

Namun kecemerlangan ditampilkan beliau buat JDT wajar diberi pujian, selepas Arif menjadi watak penting untuk mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Apa yang menarik, Arif juga turut tampil untuk mencipta satu bantuan gol dan penglibatan beliau di posisi serangan JDT menjadi igauan ngeri buat Sabah.

Awal musim ini sahaja menyaksikan Arif berjaya meledak empat gol secara keseluruhan buat pasukan tersebut daripada enam aksi dihadapi.

Malah, Arif turut menyeimbangkan gol beliau bersama tiga bantuan jaringan untuk menjadikan dirinya sebagai salah seorang pemain yang sangat aktif di hadapan gol.

60% menunjukkan Arif berjaya membuat percubaan tepat ke arah gol dengan jumlah sepakan dibuat beliau secara keseluruhan daripada enam perlawanan ini ialah sebanyak 10 kali.

Maka, tidak hairan mengapa beliau tampil selaku salah seorang pemain tempatan paling menonjol sehingga kini dalam persaingan domestik bersama JDT.

Pada aksi semalam, pertahanan Sabah jelas menghadapi kesukaran serta tidak ada jawapan yang kukuh untuk menghalang kemaraan beliau di segenap arah.

Selain tampil lincah, Arif juga telah memperbaiki kelemahan beliau untuk menjadi lebih kuat dalam pertarungan fizikal ketika berdepan pertahanan yang yang bertubuh lebih besar.

Ada beberapa situasi menyaksikan Arif berjaya menghadapi lawan menerusi pertarungan fizikal tanpa mengharapkan kelincahan beliau semata-mata seperti musim-musim lalu.

Malah, ketenangan beliau mengawal bola serta bijak membuat lorongan juga menjadikan pertahanan Sabah terus kecewa untuk cuba menyekat kemaraan beliau.

Sebagai peminat bola sepak tempatan, kehadiran Arif antara yang sentiasa dinantikan selain perjalanan liga masih lagi panjang untuk semua menyaksikan, apa lagi mampu dilakar pemain muda tersebut bersama JDT.

Jika segalanya terus konsisten, ada kemungkinan gelaran Pemain Paling Bernilai sekali lagi bakal digenggam oleh Arif pada tahun 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN