Willian Lira: Harapkan Rambut Serupa Bergson, Tapi Penyudah Seperti de Paula

Kelibat penyerang utama Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Willian Lira sekali lagi tampak mengecewakan, selepas aksi dipamerkan pemain tersebut masih lagi dianggap tidak begitu bagus.

Terbaharu, pemain kelahiran Brazil ini terus tampil dengan serba tidak menjadi ketika aksi bertemu Sri Pahang, dengan beliau lebih banyak berlegar di posisi serangan tanpa visi lebih jelas untuk mendapatkan gol.

Sepanjang perlawanan berlangsung, Lira gagal memberi ancaman berbahaya buat pasukan lawan, dengan secara keseluruhan pemain ini terkial-kial di tengah padang untuk mencipta sesuatu lebih baik.

Segalanya tampak tidak menjadi buat Lira, selepas aksinya boleh dianggap cemerlang pada pramusim lalu untuk menghasilkan beberapa jaringan buat Kedah dalam perlawanan persahabatan.

Malah ketajamannya ketika itu disamakan oleh segelintir penyokong bola sepak seperti Bergson da Silva menerusi ketajaman serta kekuatan fizikal dimiliki Lira.

Namun, apa yang sama ketika ini mungkin dapat dilihat daripada fesyen rambut yang lebih kurang sama sahaja, dan kualiti ketajaman secara individu kedua pemain tersebut masih lagi jauh.

Kredit: Kedah Darul Aman

Sehingga kini ianya gagal untuk diteruskan konsistensi tersebut seperti pramusim lalu, apabila Lira hanya mampu menghasilkan dua gol sahaja daripada enam perlawanan.

Salah satu gol dijaringkan Lira musim ini hanya berpunca daripada sepakan penalti, dan situasi bola mati untuk penyerang ini menanduk ketika aksi bertemu Kelantan United.

Malah itulah kali terakhir beliau meledak gol, dan perlawanan selepas itu bertemu Kuching City jelas Lira terus hilang sentuhan pemusnah untuk mendapatkan jaringan sewaktu berdepan Kuching City.

Secara keseluruhan, aksi pemain bertubuh tegap ini wajar dipertikaikan kerana perlawanan membabitkan beliau sebelum itu bersama Kedah menyaksikan mereka telah berdepan empat lawan yang sebelum itu dinaikkan pangkat daripada Liga Premier.

Bayangkan aksi selepas ini bagaimana Lira perlu berhadapan pasukan lawan yang jauh lebih handal seperti Sabah, Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT)?

Apa yang ditampilkan oleh bekas penyerang Ventforet Kofu itu mengingatkan kepada kualiti penyudah yang turut dimiliki oleh Guilherme de Paula bersama skuad kebangsaan.

Kedua pemain Brazil ini menghadapi situasi yang sama iaitu tumpul di hadapan gol serta tidak memberi sumbangan besar untuk posisi serangan.

Walaupun perjalanan liga masih lagi panjang, sesuatu perlu diperbaiki segera oleh Nafuzi Zain, kerana apa ditampilkan oleh Lira jelas masih berada pada tahap mengecewakan selaku status pemain import.

Mungkin Lira patut direhatkan seketika untuk beliau memberi laluan buat Jonathan Balotelli dalam kesebelasan utama?

Atau inisiatif terbaharu ialah Kedah memanggil pemain import di skuad simpanan mereka yang cemerlang ketika ini dalam saingan Piala MFL iaitu Ebenezer Assifuah.

Apapun, Kedah masih lagi berada di landasan terbaik mereka yang kini berada dalam proses untuk mendapatkan rentak terbaik memahami corak permainan ‘Nafuziball’, dan Lira perlu berusaha sebaik mungkin untuk menjadi antara terbaik.

Jika tidak, posisi beliau selaku penyerang utama Kedah mungkin akan terancam pada masa hadapan untuk disingkirkan atau turun menyertai skuad simpanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN