Liga Super: Perlu Bangkit, Ketajaman Willian Lira Ditagih Untuk ‘Benam’ Kelantan United

Kedah Darul Aman (Kedah) perlu kembali bangkit untuk aksi Liga Super 2023 malam ini, dengan perlawanan membabitkan antara pasukan tersebut menentang Kelantan United bagi mendapatkan semula tiga mata penting.

Beraksi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang menjadi gelanggang rasmi buat Kelantan United, pastinya ia bukan sesuatu mudah buat Sang Kenari untuk menghadapi perlawanan berkenaan.

Berdasarkan rekod sebelum itu, Kedah mengalami kekalahan mengejut di tangan PDRM pada aksi ketiga Liga Super lalu menerusi keputusan penuh 0-1 di Stadium Darul Aman (SDA).

Antara kritikan ramai pemerhati bola sepak tempatan ketika itu pastinya ditumpukan kepada barisan serangan Kedah yang agak tumpul serta kurang kreatif.

Walaupun Sang Kenari membuka tirai persaingan mereka menerusi kemenangan besar 4-1 ke atas Perak, selepas itu kualiti posisi hadapan mereka dilihat sedikit kurang efektif.

Menerusi pemain-pemain serangan berkualiti ditandatangani musim ini seperti Willian Lira, Jonathan Balotelli, Manuel Hidalgo, serta Lee Tuck, pastinya para penyokong mengharapkan sesuatu lebih baik.

Aksi Lira setakat ini menjadi kritikan segelintir penyokong, selepas beliau hanya meledak satu gol penalti sahaja daripada empat perlawanan dihadapi termasuk aksi pusingan pertama Piala FA.

Menurut statistik dikeluarkan oleh MFL, Lira telah pun mencatat satu gol serta satu bantuan jaringan daripada tiga aksi dihadapi beliau dalam saingan Liga Super.

Pemain ini juga mencatat jumlah agak rendah daripada segi percubaan tepat iaitu satu sahaja dengan kadar peratus 9.1% buat penyerang yang berasal dari Brazil itu.

Lira yang menggantikan khidmat Ronald Ngah Wanjah selaku penyerang utama Kedah musim ini sebenarnya telah mempamerkan aksi cukup baik ketika perlawanan pramusim lalu menerusi gol-gol dicatat dicatat ketika itu.

Apapun, boleh dikatakan para penyokong Kedah masih lagi realistik dengan keadaan semasa dengan menyedari pasukan tersebut baharu saja dirombak kembali pada tahun ini, selain ia merupakan tempoh penyesuaian sebenar buat pemain seperti Lira.

Jika Lira mampu meledak gol untuk aksi seterusnya, mungkin ia akan menaikkan kembali motivasi penyerang bertubuh sasa ini untuk terus mencipta sesuatu positif buat Sang Kenari.

Aksi bertemu Kelantan United menjadikan ketika ini Kedah bakal berhadapan dengan pasukan ketiga dari saingan Liga Premier, dan menjadi sesuatu amat rugi jika mereka melepaskan peluang mengutip sebarang mata.

Kelantan United ketika ini masih lagi belum mencatat sebarang kemenangan dengan sekadar mencatat dua keputusan seri serta satu kekalahan daripada tiga perlawanan dihadapi.

Berdasarkan prestasi semasa pasukan tersebut, ia menjadi batu loncatan terbaik buat Lira dan rakan sepasukan lain untuk cuba mendapatkan tiga mata berharga di gelanggang lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN