Klopp Puji Aksi Nathaniel Phillips Yang Bertahan Seperti ‘Raksasa’

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menyifatkan pemain pertahanan tengahnya, Nathaniel Phillips sebagai ‘raksasa’ di udara selepas pemain berusia 23 tahun itu beraksi cemerlang ketika membuat debutnya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Reds meraih kemenangan 2-1 ke atas West Ham United pada Sabtu untuk meraih tiga mata penuh dan merampas kedudukan pendahulu liga daripada Everton yang akan beraksi pada Ahad.

Phillips diberikan kepercayaan untuk digandingkan bersama Joe Gomez di bahagian pertahanan tengah selepas tiga pemain utama, Virgil van Dijk, Joel Matip dan Fabinho masing-masing diketepikan kerana dilanda kecederaan.

Namun aksi meyakinkan yang dipamerkan pemain muda England itu dalam menyekat serangan West Ham ternyata menggembirakan Klopp.

“Dia pemain yang sangat cemerlang, bijak, cerdas, semuanya. Di udara dia seperti raksasa dan dia bijak menyekat pergrakan lawan di atas padang. Aksinya dalam perlawanan pertama sangat luar biasa,” ujar jurulatih warga Jerman itu.

Klopp menjelaskan Phillips yang beraksi dalam perlawanan kompetitif pertamanya musim lepas ketika menang ke atas Everton dalam saingan Piala FA hampir-hampir meninggalkan Anfield pada awal musim ini.

“Ini cerita yang agak gila. Tiga tahun lalu dia hampir ke Amerika Syarikat untuk menyambung pengajiannya. Kemudian dia bermain untuk skuad simpanan kami, di situlah kami menemui bakatnya. Dia berlatih bersama kami dan berjaya mengkagumkan barisan kejurulatihan.

https://twitter.com/EasySoccerNews/status/1322705681456066565?s=20

“Semasa tempoh perpindahan musim panas lalu, 12 kelab Liga Kejuaraan mahu mendapatkan khidmatnya. Memang dia boleh pergi dan saya pun tiada masalah pada waktu itu, tetapi akhirnya dia kekal.

“Tetapi selepas apa yang berlaku, ia ternyata bagus untuk kami. Malam ini dia diturunkan dan berjaya membantu pasukan. Dia Menunjukkan persembahan yang cukup baik.”

Liverpool kini telah mengumpul 16 mata daripada tujuh perlawanan, tiga mata mengatasi Everton yang akan beraksi menentang Newcastle United di St. James Park pada Ahad.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

‘Bale Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ – Mourinho Mahu Penyokong Spurs Berhenti Berharap

Barcelona Berdepan Risiko Bankrup Jika Pemain Tolak Pemotongan Gaji

Pep Guardiola Desak EPL Perkenal Semula Peraturan 5 Pemain Gantian

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN