Pep Guardiola Desak EPL Perkenal Semula Peraturan 5 Pemain Gantian

Pep Guardiola

Pengurus Manchesrer City, Pep Guardiola kini mula bersuara mahukan pihak Premier League untuk mengembalikan peraturan penggunaan lima pemain gantian seperti sebelum ini.

Hal ini kerana menurut beliau, kadar kecederaan para pemain semakin meningkat dengan peningkatan sebanyak 47% berbanding lazimnya.

Situasi ini dapat dilihat secara jelas dari kem Guardiola sendiri apabila pasukannya kini dihimpit kecederaan.

Sergio Aguero, Nathan Ake dan Gabriel Jesus antara beberapa pemain Manchester City yang mengalami kecederaan.

“Perkara ini berlaku kerana kurang atau tiadanya persediaan pada pra-musim dan juga jumlah perlawanan yang banyak.”

“Di Jerman, Sepanyol dan dimana-mana mereka masih membenarkan penggunaan lima pemain gantian untuk melindungi pemain – bukannya untuk menguntungkan satu pasukan sahaja.”

Sebelum ini, penggunaan lima pemain gantian di Premier League diperkenalkan pada musim lalu selepas bola sepak di England disambung semula selepas perintah berkurung akibat Covid-19.

Namun untuk musim 2020/2021, kelab-kelab Premier League memilih untuk menggunakan tiga pemain gantian sahaja dalam satu-satu perlawanan.

“Saya harap mereka akan mempertimbang semula perkara ini kerana apa yang orang lain lakukan sekarang ada cuba membiasakan diri dengan norma baharu akibat pandemik ini,” katanya menerusi BBC Sport.

Pandangan Guardiola itu turut dikongsi oleh pengendali Manchester United iaitu Ole Gunnar Solskjaer yang berasakan kebajikan pemain perlu dijaga.

“Saya tak faham dan percaya kenapa mereka memilih untuk guna peraturan lama kerana kita perlu jaga para pemain.”

Kata Solskjaer, jika kelab ada fikir mengenai kebajikan fizikal dan mental pemain maka pilihan relevan adalah dengan menyokong usul lima pemain gantian itu.

Untuk rekod, pasukan kendalian Guardiola bukanlah pasukan paling teruk menerima krisis kecederaan apabila lima pemain sahaja yang cedera.

Sebaliknya pasukan seperti Everton (9), Liverpool (7) dan Leicester City (6) mengalami bilangan pemain cedera lebih tinggi berbanding Manchester City.

Baca juga artikel kami mengenai Pep Guardiola:

Felix Magath: Kejayaan Pep Guardiola Di Barcelona Adalah Kerana Messi

Pertemuan Pep Guardiola Dan Marcelo Bielsa Yang Mendorongnya Menjadi Pengurus

Pep Guardiola: Serangan Balas Pantas Leicester City Buat Kami Gugup

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN