Felda United & UKM FC Dinafikan Tempat Dalam Liga Malaysia 2021

liga malaysia

Dua pasukan Liga Malaysia, Felda United dan juga UKM FC kini telah menemui takdirnya apabila mereka dinafikan hak untuk bertanding dalam mana-mana kejohanan anjuran Malaysian Football League (MFL) tahun hadapan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kedua-dua pasukan berstatus kelab itu gagal untuk memenuhi kriteria penswastaan bersyarikat yang ditetapkan.

Menurut FAM, ianya disebabkan oleh kedudukan kewangan pelabur baharu kedua-dua pasukan dilihat tidak cukup kukuh untuk menampung perbelanjaan pasukan.

Dalam situasi Felda United, mereka telah melengkapkan semua yang diperlukan untuk penswastaan namun begitu pihak FELDA sendiri mengumumkan pasukan bola sepak mereka tidak lagi akan bersaing dalam Liga Malaysia 2021 awal bulan ini.

Pengurusan baharu, FUFC The Figthers Sdn. Bhd. telah mencari pelabur baharu namun begitu FAM mengatakan kedudukan kewangan mereka tidak cukup kukuh untuk mengharungi satu musim penuh tahun hadapan.

Sama seperti UKM FC, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil pendekatan untuk tidak menggaji segala individu bagi pasukan tersebut.

Entiti yang mengambil alih UKM FC juga berjaya mendapatkan pelabur baharu, namun begitu kedudukan kewangan yang tidak kukuh membuatkan FAM menafikan hak mereka musim hadapan.

Hasil daripada keadaan ini, Felda United dan UKM FC masing-masing tidak dibenarkan beraksi di Liga Super atau Liga Premier pada musim hadapan.

Kedudukan pengganti mereka dalam saingan liga musim hadapan belum lagi diumumkan.

Baca juga artikel kami mengenai Liga Malaysia:

Kalau Setiap Pasukan Di Malaysia Boleh Capai 50% Standard JDT, Liga Kita Akan Lebih Baik

‘Kemah Keming Boh!” Antara Reaksi Selepas Kelantan FC Muktamadkan Logo

Perubahan Format Saingan Piala Malaysia 2020 Beri Peluang Seimbang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN