Kenapa Benjamin Mora Anggap Kemenangan Ke Atas PJ City Antara Aksi Terbaik JDT?

Benjamin Mora JDT PJ City 2021

Jika dilihat kemenangan 3-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas PJ City FC, malam tadi, mungkin ramai mengatakan ia satu perlawanan yang mudah buat mereka.

Mungkin ramai tidak sedar, PJ City antara pasukan yang ‘liat’ untuk JDT jinakkan dalam beberapa musim kebelakangan ini. Malah, rekod seimbang dalam tiga pertembungan terkini antara kedua-dua pasukan membuktikan, ini adalah aksi yang sukar.

Ini diakui pengendali JDT, Benjamin Mora yang menyatakan pertembungan dengan PJ City sentiasa sukar. Ujarnya, “Tidak. Ia tidak mudah. PJ City bukan lawan yang mudah. Mereka tidak melepaskan gol dalam babak pertama sepanjang musim ini.”

“Tidak mudah untuk memecahkan empat atau lima pertahanan mereka dan blok pertahanan mereka yang kompak. Tetapi kami bermain dengan sangat baik,” jelasnya sambil berkata, gol awal akan membantu perjalanan perlawanan untuk pasukan.

Jadi, apa rahsia JDT sehingga tampak mudah buat mereka untuk jinakkan PJ City?

1. Gol awal membantu ‘setting’ minda pemain

“Jaringan awal untuk mana-mana pemain akan memberikan lonjakan keyakinan buat mereka dan mereka akan membuat segala arahan dengan lebih baik. Apa yang saya lihat, semakin lama, kami bermain semakin baik dalam perlawanan [berdepan PJ City].”

JDT meledak jaringan seawal 39 saat selepas asakan pertama mereka membuahkan hasil. Hantaran lintang S. Kunanlan di sebelah kiri gawang mudah ditanduk Gonzalo Cabrera untuk Harimau Selatan membuka akaun jaringan mereka malam tadi.

2. Pemain beri 100 peratus sepanjang aksi

JDT bermain dengan keyakinan yang tinggi sepanjang perlawanan. Walaupun lawan cuba bermain secara kompak, pemain-pemain JDT tahu apa tugas mereka.

“Semua pemain tahu apa yang mereka perlu lakukan. Mereka memberikan tekanan 100 peratus [sepanjang aksi], transisi antara pemain dilakukan dengan baik, kami bergerak sebagai sebuah pasukan dan begitu komited untuk memburu tiga mata.”

3. Sasar untuk jarakkan mata di takhta

“Mereka begitu komited memburu tiga mata, kerana mereka tahu kita mampu jarakkan kedudukan mata jika menang. Dan itu yang berlaku, tetapi ia tidak mudah.”

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tewas kepada Terengganu FC dan JDT sedar, inilah masa buat mereka untuk mula menjarakkan diri. Kedah kini tersekat dengan 16 mata dan JDT sudah mula membuat sedikit jurang antara mereka kepada empat mata.

4. Perubahan taktikal dan peranan pemain

Di atas kertas, ia masih formasi taktikal yang sama diletakkan oleh Benjamin Mora, namun, menurutnya, beliau telah membuat sedikit rombakan untuk membolehkan pasukannya mampu memecah blok padat yang diletakkan oleh PJ City.

“Terdapat beberapa perubahan dalam taktikal pasukan, perubahan peranan pemain dan itu membantu kita ‘melepaskan’ pemain [untuk memecah blok pertahanan lawan]. Kita dapat lihat Gonzalo [Cabrera] melepaskan diri, Arif [Aiman] membuat hanya satu, dua sentuhan, Leandro [Velazquez] juga bermain dengan sangat baik.

“Syamer Kutty bermain dengan sangat-sangat baik di tengah. Dia tahu apa yang perlu dilakukannya semalam. Dan ini membantu kami menemui sedikit ruang di tengah untuk menggerakan bola ke bahagian sayap. Segalanya tampak sempurna buat saya.”

5. Saya ada pemain yang bagus

“Saya ada barisan pemain yang bagus. Inilah rahsianya. Sudah lama saya di JDT dan mengenali pemain-pemain ini. Ia satu proses dan ia juga satu projek. Semua pemain komited dengan idea yang sama. Di setiap posisi terdapat persaingan. Terdapat dua, tiga pemain untuk satu posisi dan mereka semuanya bagus.”

Benjamin Mora memberikan contoh bagaimana di tengah beliau memiliki pemain-pemain yang sama bagus seperti Natxo Insa, Hariss Harun, Syamer Kutty Abba, Afiq Fazail dan Nazmi Faiz. Dan semua posisi juga memiliki kualiti yang sebegitu.

KREDIT FEATURED IMAGE: JST

Baca lagi artikel lain mengenai Benjamin Mora dan JDT:

Ini Komen Benjamin Mora Tentang Kemenangan, Arif Aiman & Bergson da Silva

Mampukah Bergson Menamatkan ‘Kesukaran’ JDT Berdepan PJ City?

TMJ Beri Sebab Kenapa Benjamin Mora Dapat Kontrak Baharu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN