Ini Komen Benjamin Mora Tentang Kemenangan, Arif Aiman & Bergson da Silva

Nazmi Faiz Bergson da Silva JDT Uitm 2021 arif aiman benjamin mora

Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan langkah dengan kemenangan ketiga selepas menundukkan UiTM FC dengan keputusan 4-0 di Stadium UiTM, Shah Alam.

Tiga mata penuh dan satu lagi kejayaan mengekalkan rekod cleen sheet, JDT kini berada di puncak Liga Super 2021. Gol-gol JDT disumbangkan oleh Arif Aiman di minit ke-11, Gonzalo Cabrera (15′), Bergson da Silva (80′) dan Syamer Kutty Abba (90′).

JDT merehatkan sebilangan besar skuad mereka dengan membuat rombakan di benteng pertahanan dan tengah. Benjamin Mora memilih untuk memasukkan Adam Nor Azlin, S. Kunanlan, Nazmi Faiz dan Safiq Rahim ke dalam kesebelasan utama.

Jelas, masih tiada kesan dalam permainan mereka dan segalanya tampak masih seperti tiada rombakan dilakukan. Ini diakui oleh Benjamin Mora dengan menyatakan semua pemain JDT adalah setara daripada segi kemampuan mereka untuk beraksi.

Katanya, “Tentunya saya gembira dengan empat gol yang dihasilkan. Keindahan skuad ini adalah kami memiliki pemain yang, jika tidak berada di tahap pemainan atau kecergasan yang sama pun, prestasi kami masih tetap sama. Inilah keseimbangan.”

“Kita akan melalui banyak perlawanan dan jadualnya amat padat, kami masih memiliki kualiti dalam pasukan. Kami membuat empat, lima perubahan dalam skuad dan mereka menjalankan tugas dengan baik berdepan lawan dan padang yang sukar.

“Saya gembira untuk mereka, kita masih tidak bolos dan menang dengan cleen sheet. Ini penting untuk penjaga gol dan benteng pertahanan kami,” jelasnya lanjut.

Bercakap tentang dua pemain, Arif Aiman dan Bergson da Silva, Benjamin Mora jelas penuh dengan pujian buat kedua-dua pemain yang berjaya membantu pasukan merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut mereka pada aksi malam tadi.

Ujarnya mengenai pemain berusia 18 tahun, Arif Aiman, “Saya banyak bercakap dengan Arif [Aiman] dan kami sentiasa membantunya membina keyakinan diri.”

“Dia memiliki bakat, skil dan masa depan, tetapi yang paling penting ilmu untuk bermain di dalam padang. Dia pemain yang sangat laju dan bijak,” ungkapnya.

Sementara untuk Bergson da Silva, Benjamin Mora menyatakan pemain itu memiliki keistimewaan tersendiri dan seorang pemain yang berbakat. Ulasnya, “Apa yang saya boleh katakan! Dia baru sahaja berlatih bersama pasukan beberapa hari lalu dan saya telah beritahunya, saya mahu berikan dia masa [untuk sesuaikan diri].

“Dia masih belum cergas untuk bermain 90 minit. Dia berkata, apa sahaja peluang yang diberikan, dia akan rebut. Jadi saya berikannya 30 minit. Apa yang penting, dia datang ke dalam pasukan dan cepat menyesuaikan diri. Semua tahu, JDT bukanlah pasukan yang mudah untuk anda sesuaikan diri,” tambahnya lagi.

Dengan kecederaan yang dialami Safawi Rasid semalam, mungkin akan berlaku sedikit rombakan di bahagian sayap oleh Benjamin Mora dengan banyak pilihan di tangannya seperti Arif Aiman, Ramadhan Saifullah dan juga Mohamadou Sumareh, sementara Bergson da Silva mungkin sudah boleh diletakkan di jentera serangan.

KREDIT FEATURED IMAGE: JST

Baca lagi artikel lain mengenai Benjamin Mora dan JDT:

TMJ Beri Sebab Kenapa Benjamin Mora Dapat Kontrak Baharu

Benjamin Mora Mahu JDT Kalahkan Kedah Dalam Masa 90 Minit

‘Koleksi’ Pemain Kebangsaan Bertambah Lagi, Ini 6 Perkara Mengenai Ketibaan Sumareh Di JDT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN