Kembalinya Senyuman Safawi Rasid Saat Kotakan Janji, Kini Doakannya Moga Dijauhi Covid-19

Safawi Rasid kota janji Piala AFF 2020

“Tidak mustahil saya juga boleh ‘meletup’ pada Piala AFF kali ini,” itulah janji Safawi Rasid sebelum saingan Piala AFF Suzuki 2020 berlangsung dan apa yang telah dipamerkan dalam dua aksi, jelas beliau sedang kotakannya.

Hatrik ketika berdepan Laos bukanlah ukuran sebenar kemampuannya serta skuad negara, namun, seperti pasukan mengambil pendekatan perlawanan demi perlawanan, begitu jugalah dengan para penyokong.

Berdasarkan dua aksi, Safawi Rasid dilihat telah kembali. Ia tentu melegakan dirinya, malah pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe. Kepercayaan Cheng Hoe untuk membawanya yang tidak menyerlah sepanjang tahun ini membuahkan hasil. Hatriknya mampu membakar semangat dan moralnya untuk aksi berikutnya.

Malaysia akan berdepan lawan sebenar, Vietnam dan Indonesia untuk aksi ke-3 dan ke-4, Kumpulan B.

Menurut Cheng Hoe dalam sidang media secara maya, pemain sayap menyerang itu kini dalam pemantauan rapi kem Harimau Malaya. Ini kerana, beliau adalah rakan sebilik Akhyar Rashid. Seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid cemerlang dalam aksi pertama, tetapi disahkan positif sebelum aksi kedua dan terpaksa disisihkan.

“Memang pemain di sini duduk satu bilik dua orang. Memang duduk sekali [Safawi dan Akhyar], tapi benda ini kita tak pasti lagi adakah 100 peratus boleh berjangkit. Buat masa ini Safawi dalam keadaan yang terbaik.

“Safawi pun tak cakap apa-apa tentang tahap kesihatan, nampak dia sihat dan bersemangat. Pemain-pemain lain pun sama, tak ada sebarang simptom. Saya harap dan jom kita berdoa supaya tak ada lagi pemain yang positif selepas ini,” ungkap pengendali itu yang akan berdepan tugas sukar berdepan Vietnam pada Ahad.

Akhyar Rashid Dan Quentin Cheng Jadi Dua Lagi Pemain Positif Covid-19

Terdahulu, empat pemain iaitu Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim disahkan positif selepas membuat ujian calitan di Lapangan Terbang Changi sebaik tiba di Singapura, sebelum Akhyar dan Quentin pula disahkan positif.

Dalam pada itu, Safawi Rasid tampil dengan persembahan terbaik dengan menghasilkan tiga gol dengan sisi yang berbeza daripada sebelum ini. Ia bukanlah jaringan jaringan trademark hasil larian ‘cut-inside’ dan rembatan kaki kiri yang biasa dilakukannya sebelum ini. Jaringannya membuktikannya penyerang all-rounder.

Gol ketiganya pula adalah hasil kejayaan beliau melepasi perangkap offiside – persis pemain nombor 9 berpengalaman – menjadikan hatrik yang dihasilkan cukup sempurna. Terpancar senyuman semula di wajah penyerang terbaik negara itu selepas sekian lama tidak meledak gol. Sudah empat gol dilakarnya di Piala AFF.

Ini menjadikan beliau hanya kurang satu gol daripada penjaring terbanyak saingan Piala AFF 2010, Safee Sali yang mencipta lima gol untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan edisi tersebut yang mana menyaksikan Harimau Malaya muncul sebagai juara buat kali pertama dalam sejarah negara selepas lapan edisi berlalu.

Safawi Rasid sudah mengotakan janji untuk menyerlah di awal saingan Piala AFF dan kita tentu harapkan ia akan diteruskan, tidak seperti Akhyar Rashid yang akhirnya tersisih selepas cemerlang di perlawanan sulung.

Diharapkan semua penyokong dapat menghantar doa sebagai ‘bantuan’ buat skuad negara dan Safawi Rasid saat ini. Malaysia hanya tinggal 19 pemain untuk berdepan Vietnam dan diharapkan tiada pertambahan pemain lagi untuk dikuarantin. Dan diharapkan yang dikuarantin juga bakal segera pulih untuk tampil bermain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN