“Ibarat Perlawanan Akhir” – Vietnam Ada Ramuan Rahsia Atasi Malaysia

Piala AFF 2020

Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menanggap aksi bertemu pasukan Malaysia dalam perlawanan ketiga Piala AFF 2020 ibarat perlawanan akhir bagi mereka.

Sering dianggap sebagai perlawanan hangat sejak kebelakangan ini, kini dengan dua pasukan sedang berebut kedudukan teratas Kumpulan B membuatkan suhu aksi ini semakin tinggi.

Vietnam dan Malaysia dipisahkan dengan hanya perbezaan satu jaringan dengan skuad negara kini sedang mendahului carta Kumpulan B.

“Perlawanan seterusnya menentang Malaysia sememangnya seperti perlawanan akhir [di peringkat awal saingan].”

“Kami akan lakukan yang terbaik untuk bantu pasukan capai kedudukan terbaik,” kata Hang-seo kepada media.

Menurut Hang-seo, beliau yang terkenal dengan sikap suka mengintip sesi latihan pasukan lawan itu mengatakan mereka ada ramuan tersendiri untuk menewaskan Malaysia.

“Kami sudah memerhatikan Malaysia dan kami ada analisis serta taktik yang khusus untuk perlawanan akan datang.”

Vietnam cukup berselera dalam memastikan Malaysia terus kempunan untuk menewaskan mereka dengan rekod ketika ini sudah mencecah tujuh tahun sejak kali terakhir kita menumbangkan negara itu.

Kali terakhir Malaysia menewaskan Vietnam adalah di Hanoi selepas Harimau Malaya mengalahkan mereka dengan jaringan 4-2 dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2014.

Selain Malaysia dan Vietnam, Indonesia serta Laos turut akan turut dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B yang diadakan pada 5.30 petang.

Sementara aksi hangat melibatkan skud kebangsaan akan diadakan pada 8.30 malam.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN