Kelab Penyokong Kedah Darul Aman Mahu Marcote Dan Pallares Direhatkan

Ramon Marcote

Pengerusi Kelab Penyokong Darul Aman (KEPDA), Hasmadi Hamzah berkata kepada media, beliau mahu Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) mengambil langkah drastik ke atas Ramon Marcote dan Pablo Pallares.

Hasmadi meminta agar KFA merehatkan 2 watak tersebut dahulu dan memikirkan untuk memperbaiki prestasi pasukan. Hasmadi berkata:

“Sebelum ini kami masih bersabar apabila kami gagal mempertahankan Piala Sumbangsih pada Februari lalu. Tetapi kami mulai merasakan ada sesuatu yang tak kena apabila Kedah tersingkir daripada pusingan ke-3 Piala FA.

Kedah disingkirkan oleh naib juara musim lalu, Pahang di Darul Makmur dalam perlawanan yang menyaksikan hanya ada gol tunggal Sumareh.

“Ramon Marcote perlu menjawab segala persoalan dan kritikan daripada kelab penyokong. Tambahan lagi, beliau sendiri yang memilih untuk membawa masuk Pablo Pallares dari Sepanyol dalam perancangan pasukan beliau.”

Kehadiran Pallares terus menjadi subjek kecaman penyokong Kedah yang mahukan penyerang lebih berbisa.

Sumber: KFA, Facebook.

Pallares dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran bola sepak di Malaysia. Adakah Pallares masalah utama Kedah? Atau mungkin pertahanan mereka?

Sebagai rekod, buat masa ini Kedah dan Pahang menjadi pasukan MSL paling banyak gol. Namun dari segi bolos, Kedah adalah paling tinggi selepas 5 perlawanan dengan 12 bolos.

Hasmadi juga meminta Presiden KFA untuk menangani segera masalah prestasi ini kerana ia akan dikhuatiri membarah serta menjejaskan moral pemain jika dibiarkan.

Penolong Pengurus Pasukan Kedah, Haris Che Mat tahu akan rungutan penyokong Kedah selepas prestasi semasa skuad tersebut.

Namun beliau meminta agar penyokong lebih bersabar dan memberikan ruang kepada pengurusan tertinggi untuk mencari solusi.

Ramon Marcote dilantik menjadi ketua jurulatih sepenuh masa oleh Kedah selepas satu pungutan suara dilakukan oleh Datin Sri Ginney Chew yang mendapat sambutan luar biasa.

Baca juga: Dapat Lebih 28,000 Likes, Giliran Ginney Chew Jumpa KFA Bawa ‘Suara’ Penyokong Mahukan Marcote

Musim lalu penyokong Kedah mendesak agar Nidzam Adzha yang membantu Kedah menjulang Piala FA dan trofi Sumbangsih ditukar dengan jurulatih lain. Marcote menjadi pilihan utama selain daripada Mario Gomez.

Marcote dipercayai mampu memberikan sentuhan DNA bola sepak yang lebih baik kepada pasukan Kedah selepas tempoh interim beliau ketika Tan Cheng Hoe berguru di China untuk kursus kejurulatihan Lesen A.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN