Neil Warnock Tuduh FA England Tak Ada Bezanya Dengan Pencuri Kerana Suka Bertangguh

Salji masih turun di sekitar England dan menyebabkan ada perlawanan yang terpaksa ditangguhkan. Antara perlawanan yang terjejas ialah Derby County menentang Cardiff City.

Kedua-dua kelab yang kini berada di tangga 6 teratas EFL Championship itu asalnya bertemu pada semalam. Namun atas nasihat dan pertimbangan polis dan badan penasihat keselamatan, perlawanan itu dilangsungkan kemudian.

Macam ada sesuatu

Pride Park selepas turun salji pada kelmarin. Sumber: Derby Telegraph.

Pengurus Cardiff City, Neil Warnock merasakan sesuatu yang tidak kena. Malah, beliau menyatakan ada konspirasi mahu pun skandal yang sengaja diwujudkan.

Neil Warnock juga merasakan tindakan penangguhan itu memalukan. Mana tidaknya, salji sebenarnya sudah dibersihkan di sekitar stadium.

Ini termasuk di parkir letak kereta juga padang!

Bertangguh itu pencuri masa

Kata-kata hikmat itu biasa kita dengar bukan? Ada asas juga Neil melenting sebenarnya.

Perlawanan itu akan dijadualkan semula pada April, iaitu selepas tamat siri perlawanan antarabangsa.

Cadangan tarikh baru perlawanan ialah pada 17 April, tetapi Cardiff bakal bertemu dua pasukan lain dalam tempoh seminggu sebelum itu.

Jika tarikh itu disahkan oleh EFL, maka Cardiff akan bermain tiga perlawanan dalam tempoh seminggu. Neil Warnock memaklumkan adalah lebih baik EFL melangsungkan perlawanan selepas 24 April.

Konspirasi?

EFL telah mengumumkan penangguhan ini pada jam 8 pagi semalam. Dikatakan juga jalan menuju ke stadium dipenuhi salji dan berisiko kepada sesiapa yang hendak ke stadium.

Ada berita menyebut bahawa hanya 10 orang pemain Derby dapat hadir untuk latihan sebelum perlawanan kelmarin. Laporan itu mengatakan agak ramai pemain Derby cedera dan ia boleh menjejaskan persiapan perlawanan.

Dan itulah sebab yang dipercayai boleh digunakan Derby untuk menangguhkan perlawanan. Walhal, salji turun pada Sabtu malam setelah laporan tidak rasmi itu muncul.

Mungkin itulah konspirasi yang dimaksudkan oleh Neil Warnock? Pendapat anda pula bagaimana?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN