Dapat Lebih 28,000 Likes, Giliran Ginney Chew Jumpa KFA Bawa ‘Suara’ Penyokong Mahukan Marcote

Sebelum ini pihak KFA menyatakan yang mereka mahu mencari jurulatih baru menggantikan Nidzam Adzha. Dan ramai peminat meminta agar KFA mendapatkan khidmat Ramon Marcote.

Ramon Marcote pernah menjadi pembantu Tan Cheng Hoe pada 2015. Beliau mengambil alih tugasan interim ketika kempen Piala Malaysia 2015 apabila Tan Cheng Hoe perlu menamatkan kursus kejurulatihan Lesen A di China.

Ramon Marcote berjaya membawa Kedah mara ke final, dan tewas di tangan pasukan Selangor. Selepas itu Ramon Marcote meneruskan kerjaya beliau di Eropah.

Namun rasa sayang dan kagum peminat Kedah kepada Ramon Marcote sangat tinggi. Dilaporkan bekas pengendali JDT, Mario Gomez juga dalam senarai untuk mengisi jawatan tersebut.

Tetapi peminat Kedah lebih mahukan Marcote. Lalu, pada 13 November lalu, Puan Sri Ginney Chew iaitu Pengarah ECK Development Sdn. Bhd telah melancarkan satu kempen pungutan suara peminat Kedah.

ECK adalah penaja utama pasukan Kedah. Puan Sri Ginney Chew berkata, jika beliau dapat mengumpul 25,000 likes untuk gambar Ramon Marcote, beliau sendiri akan datang berjumpa pengurusan KFA dan memberitahu hasrat peminat Kedah yang mahukan jurulatih tersebut.

Selepas beberapa hari kempen di facebook, semalam kami dapati lebih 28,000 likes dalam gambar ini.

Lalu semalam juga Puan Sri Ginney Chew mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang ‘mengundi’ dalam pungutan suara tersebut.

Beliau menulis:

“Terima kasih kepada seluruh rakyat dan penyokong Kedah yang sentiasa menyokong dan setia bersama pasukan Kedah .”

“Anda semua sudah membuktikan bahawa bola sepak dapat menyatu padukan semua orang tanpa mengira bangsa dan agama.”

“Tahniah kepada semua anak Kedah yang menyahut cabaran saya 25,000 likes untuk membawa masuk kembali Ramon Marcote Pequeno “Marco”ke pasukan Kedah.”

“Saya menghargai sokongan anda semua dan saya akan menghubungi KFA mengenai hal ini. Saya akan cuba sehabis baik untuk anda semua.”

“Proud To Be Kedahan ???”

Penyokong Kedah pastinya berasa lega mendengar ada individu seperti Ginney Chew yang mampu membawa suara mereka kepada KFA. Namun mereka sedar bahawa keputusan akhir adalah di tangan KFA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN