‘Kekangan Kewangan, Tapi Ada Dalam Perancangan’ – TMJ Sasar 1 Hingga 3 Tahun Lagi Untuk JDT Tubuh Skuad Wanita Dan Futsal

Pasukan Wanita JDT

Bukan lagi rahsia,  transformasi pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi penyumbang utama kepada kejayaan skuad kebangsaan Malaysia layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Kelab dari selatan tanah air itu telah meletakkan satu penanda aras bukan sahaja mengenai kejayaan di atas padang, tetapi merangkumi segenap aspek termasuk pengurusan profesional, fasiliti serba lengkap dan sebagainya.

Namun begitu, terdapat satu ‘kelompongan’ agak ketara pada pasukan JDT iaitu ketiadaan pasukan wanitanya sendiri.

Maka rata-rata pemerhati beranggapan JDT tidak serius atau tidak peduli dengan nasib bola sepak wanita sama khususnya di peringkat negeri Johor dan secara umumnya di peringkat kebangsaan.

Prestasi semasa skuad wanita negara ternyata agak membimbangkan, apatah lagi selepas baru-baru ini skuad kendalian Jacob Joseph itu diaibkan dengan kekalahan 6-0 kepada pasukan Bangladesh dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa.

Kredit Foto: FAM

Oleh yang demikian, kehebatan JDT pastinya amat ditagih untuk sama-sama membantu pembangunan bola sepak wanita agar tidak ketinggalan terlalu jauh berbanding pasukan lelaki.

Perkara ini sempat dibangkitkan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dalam sesi dialog pengurusan JDT bersama penyokong dan media di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menjelaskan pihaknya tidak pernah melupakan hasrat untuk membina pasukan wanita kerana ia termasuk dalam perancangan jangka masa panjang kelab.

Namun proses tersebut terganggu akibat dari situasi pandemik yang memberi kesan besar kepada status kewangan pasukan. Keadaan itu bukan sahaja mengganggu perancangan untuk projek baharu, tetapi turut memberi impak kepada perjalanan skuad sedia ada.

“Kerja Sampai Mati” – TMJ Berjanji Akan Jaga Negeri Johor Dan JDT Buat Selama-Lamanya

“Kami di JDT pun tiada pasukan wanita. Tetapi berkenaan dengan soalan tentang [pasukan] futsal, pasukan wanita, memang ada dalam perancangan,” ujar Pemangku Raja Johor itu.

“Tetapi saya ingin membuat benda itu apabila saya rasa betul-betul kelab punya status kewangan ada dalam keadaan stabil di mana kami boleh ada skuad wanita dan pasukan futsal.

“Tetapi buat masa ini kerana dengan selepas [pandemik] Covid-19, kami hilang beberapa juga penaja. Jadi untuk saya kukuhkan balik status kewangan kelab, insyaAllah benda itu boleh dilakukan pada masa akan datang atau dalam masa terdekat.

“Saya rasa tak lebih lama dari satu atau tiga tahun.”

Kira-kira lima tahun lalu, TMJ pernah menyuarakan komitmen yang sama ketika membuat penampulan dalam program bual bicara Obviously Harith Iskander.

Bagi beliau, ia sebagai usaha yang baik bagi mendekati dan menyatukan anak-anak muda di Johor tanpa mengira status latar belakang, bangsa dan agama, sekaligus mengangkat martabat Bangsa Johor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN