[VIDEO]: Saksikan Aksi ‘Lionel Nussi’ Yang Mencuri Tumpuan Ramai Dengan Skil Luar Jangkaan

Semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor telah memuat naik satu klip video aksi beliau dalam satu perlawanan bola sepak yang berlangsung di Sik, Kedah.

Dalam perkongsian video di Facebook yang berdurasi lebih kurang satu minit tersebut, mempamerkan setiap penglibatan Sanusi ketika mengawal bola dan menggelecek lawan sehingga mencuri tumpuan ramai untuk menontonnya.

Sanusi juga turut memuat naik video tersebut di Twitter beliau dan turut mendapat pelbagai reaksi dari segenap pihak selepas menontonnya.

Klip video tersebut dirakam ketika Sanusi menghadiri satu karnival anjuran Parti Islam Malaysia (PAS) yang melibatkan perlawanan persahabatan antara pasukan pilihan beliau dan juga kelab Dato SUA PAS menurut perkongsian di laman Facebook.

Dalam klip video tersebut, Sanusi dilihat tenang mengawal bola dan menggelecek lawan dengan mudah selain membuat hantaran-hantaran lambung menuju ke pemain serangan kelabnya.

Beberapa komen daripada netizen juga dilihat sangat mencuit hati seperti daripada saudara Maleey Tai yang beranggapan Sanusi layak berbicara hal bola sepak kerana beliau cekap beraksi di atas padang.

“memang layak sembang kenchang pasal bola…pandai main bola rupanya”, katanya.

“Huishh..kanan kiri hidup kaki tu YB…. Ni baru betul anak kg yg biasa main bola”, komen Ujang Waghih di video tersebut.

Ada juga yang memberi cadangan agar pasukan pilihan Sanusi menentang kelab bawah naungan Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebagai perlawanan persahabatan pada masa akan datang.

“Buat friendly dgn team Tmj la mb”, ujar Mohd Khairul Amri.

Keyakinan beliau dalam sukan bola sepak bukan lagi satu perkara asing buat Sanusi apabila beliau sebelum itu juga sangat aktif dan pernah menggemparkan peminat bola sepak tempatan menerusi sepakan voli beliau beberapa bulan lalu yang menyinggah palang gol.

Dalam perlawanan tersebut turut hadir merupakan bekas pengendali Harimau Malaya iaitu Tan Cheng Hoe bersama legenda bola sepak Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi selain beberapa lagi bekas pemain untuk merancakkan lagi suasana ketika itu.

Kehadiran Tan Cheng Hoe di Kedah juga pastinya menggamit kenangan buat para penyokong kerana beliau antara individu yang bertanggungjawab ketika itu menaikkan kembali nama Kedah selaku salah satu pasukan elit dalam Liga Malaysia.

Beberapa komen daripada penyokong Kedah juga mahu agar Sanusi dapat memujuk kembali agar Cheng Hoe kembali hadir untuk membimbing Kedah pada masa hadapan.

“ejaih laaa masuk kedah balik…dulu TCH dh cun bawak kedah tup2 sangkut sbb dpt offer national team”, komen Munzir Yaacob.

Badhri Radzi juga dilihat tidak mahu melepaskan peluang dalam klip video tersebut untuk bergambar bersama Sanusi sebagai kenangan beliau yang turut terlibat dalam perlawanan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN