Kejayaan Martinez Menang Anugerah Yashin Diragui & Dipertikai Peminat?

Para peminat bingung ketika melihat Emiliano Martinez diumumkan sebagai pemenang anugerah Yashin Trophy di acara penyampaian anugerah Ballon d’Or.

Banyak pihak yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan tersebut kerana merasakan ada individu lain yang sepertinya lebih berhak untuk menerima anugerah itu.

Penjaga gol Aston Villa dan Argentina, Martinez telah diundi sebagai penjaga gol terhebat dunia ketika acara penyampaian anugerah Ballon d’Or di Theatre du Chatelet di Paris, Perancis.

Jelas sekali beliau diberikan anugerah tersebut atas aksi hebat yang beliau pamerkan ketika membantu Argentina memenangi gelaran Piala Dunia baru-baru ini.

Penjaga gol tersebut menjadi wira membantu negaranya menjulang gelaran Piala Dunia pertama mereka sejak 1986 di Qatar.

Ayah beliau sendiri yang menyampaikan anugerah Yashin Trophy itu di acara penyampaian anugerah Ballon d’Or.

Telah berlaku kontroversi panas ketika Martinez mengambil anugerah tersebut, terutama selepas beliau ditanya tentang aksi hebat beliau ketika bertemu Perancis di pentas perlawanan akhir Piala Dunia.

Ramai peminat yang mencemuh penjaga gol tersebut hingga menyebabkan Didier Drogba terpaksa masuk campur dan meminta penonton supaya beri penghormatan kepada pemenang yang sememangnya layak untuk memenangi anugerah itu.

Selain hal tersebut, ramai peminat yang keliru dan mempertikaikan tentang kemenangan Martinez kerana melihat kedudukan beliau dalam senarai pemenang anugerah Ballon d’Or tahun ini.

Martinez berada di kedudukan ke-15 dalam senarai pemenang anugerah Ballon d’Or pada tahun ini, dua tempat di belakang Yassine Bounou.

Peminat di laman twitter berdebat tentang hal tersebut dan rata-rata dari mereka bersetuju Yassine Bounou lebih berhak memenangi anugerah Yashin tersebut.

“Bono berada di kedudukan ke-13 dan Martinez di kedudukan ke-15, jadi macam mana boleh Martinez menang? Apa logiknya hal ini?”

“Martinez menang anugerah Yashin, tapi kedudukan Bounou lebih tinggi dari dia, jadi siapa boleh terangkan tentang hal ini?”

“Majlis anugerah pada tahun ini sepertinya semakin kelakar dan agak tak masuk akal.”

“Bagaimana boleh Emiliano Martinez dianggap pemain yang lebih bagus berbanding Bounou tapi Bounou lebih hebat berbanding Martinez (dari segi ranking)? Ia memang tak masuk akal.”

“Martinez menang anugerah penjaga gol, tapi ada penjaga gol lain yang duduk di kedudukan lebih tinggi dari dia.”

“Saya tak faham dengan mereka, kalau nak melebihkan anak emas sendiri, setidaknya cuba sembunyikan dengan lebih bijak.”

Begitulah luahan peminat selepas melihat Martinez memenangi anugerah Yashin walau kedudukan beliau berada di bawah Bounou.

Walau peminat menghentam Martinez dinobatkan sebagai pemenang anugerah Yashin, namun boleh dikatakan semua setuju yang Jude Bellingham berhak memenangi anugerah Kopa.

Senarai pemenang anugerah Kopa

1) Jude Bellingham (Borussia Dortmund/Real Madrid)

2) Jamal Musiala (Bayern Munich)

3)Pedri (Barcelona)

4)Eduardo Camavinga (Real Madrid)

5) Gavi (Barcelona)

6) Xavi Simons (PSV/RB Leipzig)

7) Alejandro Balde (Barcelona)

8) Antonio Silva (Benfica)

9) Rasmus Hojlund (Atalanta/Manchester United)

10) Elye Wahi (Montpellier/RC Lens)

Untuk anugerah utama pula, Lionel Messi telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or pada tahun ini mengatasi Erling Haaland.

Walau ada juga yang mempertikaikan hal tersebut, namun sepertinya masih ramai peminat bersetuju Messi berhak untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Senarai pemenang anugerah Ballon d’Or

1) Lionel Messi

2) Erling Haaland

3) Kylian Mbappe

4) Kevin de Bruyne

5) Rodri

6) Vinicius Junior

7) Julian Alvarez

8) Victor Osimhen

9) Benardo Silva

10) Luka Modric

11) Mohamed Salah

12) Robert Lewandowski

13) Yassine Bounou

14) IIkay Gundogan

15) Emiliano Martinez

16) Karim Benzema

17) Khvicha Kvaratskhelia

18) Jude Bellingham

19) Harry Kane

20) Lautaro Martinez

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN