Duo Terengganu Awalnya Dikritik Keras Kini Terima Pujian Penyokong Sang Penyu

Dua pemain Terengganu iaitu Omid Nazari serta Liridon Krasniqi antara yang mendapat pujian selepas tamatnya aksi Liga Super 2023 membabitkan pasukan tersebut menentang Sri Pahang.

Terdahulu, kedua pasukan tersebut masing-masing terikat seri 2-2 ketika aksi sangat sengit ditampilkan di Stadium Darul Makmur bagi derbi Pantai Timur.

Terengganu yang baru sahaja mengharungi aksi AFC sebelum ini tampil dengan sedikit perubahan selepas Tomislav Steinbruckner menurunkan ramai pemain simpanan untuk menghadapi cabaran Sri Pahang.

Tanpa kelibat Sony Norde, Ivan Mamut, Engku Nur Shakir, dan beberapa lagi tonggak utama, Sang Penyu memasukkan beberapa pemain simpanan seperti Omid Nazari, Liridon Krasniqi, Norhakim Hassan, serta Syahmi Zamri.

Hasilnya mereka berjaya menguasai perlawanan termasuk meledak dua jaringan terlebih dahulu sebelum ia disamakan tuan rumah sebelum wisel penamat ditiupkan oleh pengadil.

Walaupun sekadar seri, rata-rata penyokong Terengganu berpuas hati dengan keputusan tersebut, apatah lagi mereka beraksi di gelanggang lawan tanpa kelibat ramai tonggak utama.

Antara yang mencuri tumpuan pastinya terarah kepada Omid Nazari yang dianggap paling menyerlah pada perlawanan tersebut selepas pemain import dari Filipina itu berjaya menyumbang dua gol buat Sang Penyu.

Omid menjadi antara pemain yang menerima kritikan pedas dalam kalangan penyokong Sang Penyu sebelum itu, kerana impak beliau bersama pasukan jelas kurang menyakinkan.

Namun, pemain tersebut kini pastinya mendapat suntikan moral yang sangat tinggi selepas ramai tampil memberi pujian atas persembahan diberikan beliau di atas padang pada perlawanan menentang Sri Pahang.

“Padu Omid, boleh up kontrak lagi ah,” komen Hafiz Awang mengenai prestasi pemain tengah import tersebut.

“Padu sepakan percuma Omid,” puji Fazrul Imran kepada gol kedua dihasilkan pemain itu buat Terengganu.

“Sayang Omid, wira yang tertangguh,” kata Al Imram pula.

Selain Omid, pemain naturalisasi negara iaitu Liridon Krasniqi juga tidak ketinggalan turut mendapat pujian segelintir penyokong Sang Penyu yang berpuas hati akan prestasi beliau.

“Apa-apa pun, teruja lihat corak permainan ‘free flow’ macam ini, Liridon bebas buat killer pass’,” puji Ali Ayman mengenai kualiti pemain tengah negara itu.

“Mat Don Man Of The Match, sahih, jangan bangkang ahh,” kata Eri Ganu pula.

“Bagi peluang Matdon semusim lagi tahun depan, Omid nak lepas pon tak apa, biar Matdon kembali macam prestasi dulu,” ulas Arif Afandi.

Apapun, kelibat dua pemain Terengganu tersebut jelas akan memberi keterujaan buat Steinbruckner selepas ini untuk mencipta seberapa strategi permainan bagi siri perlawanan akan datang.

Malah, dua pemain itu juga sudah tentu kini tampil lebih bermotivasi untuk terus memberi sumbangan besar buat pasukan diwakili mereka selepas membuktikan kepada para penyokong Terengganu menerusi impak pada perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN