Indonesia Serba Tempang Sebelum Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026?

Indonesia boleh dianggap sebagai salah satu pasukan di Asia Tenggara yang kini sedang mengalami perubahan sangat positif selepas mendapat sentuhan daripada pengendali mereka iaitu Shin Tae-yong.

Malah, Sang Garuda juga tampil sangat aktif di pentas antarabangsa dengan beberapa perlawanan persahabatan serta kejohanan lain turut disertai mereka bersama keputusan positif.

Ketika ini, pasukan kendalian Shin itu dilihat mampu untuk bersaing dengan lebih jauh selepas mereka turut mendaftarkan beberapa lagi muka baharu pemain warisan di segenap posisi.

Untuk bulan November ini, mereka bakal menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia 2026, dengan membuat perhitungan bersama Iraq serta Filipina.

Walaupun begitu, pasukan tersebut dilaporkan kini mempunyai sedikit masalah selepas empat tonggak mereka dilaporkan masih mengalami kecederaan untuk berisiko dipanggil beraksi menerusi CNN Indonesia.

Empat pemain tersebut merupakan bintang muda Indonesia iaitu Marselino Ferdinan, Elkan Baggott, Ivar Jenner, serta pertahanan kental Sang Garuda, Sandy Walsh.

Sandy dilaporkan telah menerima jahitan di bahagian kaki selepas perlawanan lalu membabitkan kelab diwakilinya iaitu KV Mechelen menentang Brugge bagi saingan utama di Belgium.

Terdahulu, Sandy juga terpaksa diketepikan selepas insiden kekasaran berlaku membabitkan beliau di atas padang menyaksikan pemain tersebut mengalami sedikit gegaran pads bahagian kepala.

Kehilangan Sandy dianggap bakal merugikan Indonesia kerana beliau mempunyai kebolehan beraksi di beberapa posisi termasuk sebagai pemain tengah Sang Garuda bawah kendalian Shin.

Bintang muda mereka iaitu Marselino pula masih dihantui isu kecederaan ‘harmstring’ ketika bersama KMSK Deinze di Belgium dan sehingga kini beliau tidak menunjukkan tanda-tanda akan pulih lebih cepat.

Selain itu, status semasa Ivar yang masih mengalami kecederaan juga menyaksikan peluang pemain tersebut untuk beraksi pada saingan kelayakan Piala Dunia 2026 ini samar-samar.

Akhir sekali, pemain yang beraksi di England iaitu Elkan Baggott dilaporkan turut mengalami kecederaan sewaktu mewakili Ipswich Town namun laporan menyatakan ia tidak begitu serius.

Indonesia bakal menghadapi Iraq pada 16 November ini di Stadium Basra, serta Filipina pada 21 haribulan di Stadium Memorial Rizal, Manila dalam misi untuk cuba mara lebih jauh dalam saingan tersebut.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN