Aksi Hebat Bellingham Bersama Real Madrid Buktikan Beliau Berhak Menang Anugerah Kopa

Bintang Real Madrid, Jude Bellingham telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Kopa di majlis anugerah Ballon d’Or di Paris.

Bintang berusia 20 tahun itu memenangi anugerah pemain terbaik dunia di usia bawah 21 tahun selepas beliau turut tercalon dalam senarai akhir 20 calon pemenang anugerah Ballon d’Or pada tahun ini.

Pemain kebangsaan England itu berjaya menjaringkan 14 gol dari 42 penampilan bersama Borussia Dortmund sepanjang musim lalu.

Aksi hebat beliau juga hampir sahaja membantu Borussia Dortmund untuk merangkul gelaran Bundesliga pada musim lalu.

Jude Bellingham menyertai Real Madrid dengan yuran perpindahan bernilai £88 juta pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Beliau jelas sekali telah melalui musim yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama skuad Los Blancos sepanjang musim baru ini.

Jude Bellingham telah berjaya menjaringkan 13 gol untuk Real Madrid setakat ini dan beliau juga merupakan nadi penting ketika membantu Los Blancos menewaskan Barcelona kemarin.

Bellingham berjaya membawa pulang anugerah Kopa pada musim ini dengan pemain seperti Kylian Mbappe, Pedri dan Gavi merupakan bekas pemenang anugerah tersebut sebelum ini.

Beliau berjaya mengatasi bintang Bayern Munich, Jamal Musiala, bintang muda Barcelona Pedri dan bintang Real Madrid, Eduardo Camavinga untuk memenangi anugerah tersebut.

Bintang Manchester United, Rasmus Hojlund merupakan satu-satunya pemain dari saingan Premier League yang tercalon sebagai calon pemenang anugerah tersebut namun beliau sekadar mampu berada di kedudukan ke-9 sahaja.

Selepas memenangi anugerah tersebut dari Eden Hazard, Bellingham ada menyatakan bahawa:

“Cuma mahu ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang membantu saya hingga ke tahap ini, dari Birmingham City, ke Borussia Dortmund ke Real Madrid hingga ke skuad kebangsaan England.”

“Tapi yang paling penting, keluarga saya, ibu saya dan ayah saya ada di sini malam ini, dan abang saya yang ada di rumah. Terima kasih banyak-banyak atas segala sokongan, ia sangat bermakna.”

“Ia merupakan satu kebanggaan untuk berada di hadapan pemain-pemain terbaik dunia dan ada juga pemain terhebat yang pernah ada di dunia.”

“Untuk memenangi anugerah ini memang sangat bermakna, tapi yang paling penting adalah piala berpasukan. Sekarang saya dapat ini, adalah menjadi sangat penting untuk saya berusaha dan buat yang terbaik untuk bantu Real Madrid dan England menang Piala sebanyak mungkin.”

Jude Bellingham pada ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaiknya dan tidak dinafikan beliau juga merupakan nadi terpenting untuk skuad Real Madrid pada ketika ini.

Melihat kepada sumbangan beliau sejak musim lalu, jelas sekali tidak akan ada sesiapa yang bakal mempertikaikan hak beliau untuk memenangi anugerah Kopa ini.

Jude Bellingham sangat-sangat layak untuk memenangi anugerah ini dan andai beliau mampu konsisten, tidak akan mengejutkan andai beliau mampu untuk memenangi anugerah Ballon d’Or pula di masa hadapan nanti.

Senarai penuh pemenang anugerah Kopa

1) Jude Bellingham (Borussia Dortmund/Real Madrid)

2) Jamal Musiala (Bayern Munich)

3) Pedri (Barcelona)

4) Eduardo Camavinga (Real Madrid)

5) Gavi (Barcelona)

6) Xavi Simons (PSV/RB Leipzig)

7) Alejandro Balde (Barcelona)

8) Antonio Silva (Benfica)

9) Rasmus Hojlund (Atalanta/Manchester United)

10) Elye Wahi (Montpellier/RC Lens

Untuk anugerah utama pula, Lionel Messi telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or pada tahun ini mengatasi Erling Haaland.

Walau ada juga yang mempertikaikan hal tersebut, namun sepertinya masih ramai peminat bersetuju Messi berhak untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Senarai pemenang anugerah Ballon d’Or

1) Lionel Messi

2) Erling Haaland

3) Kylian Mbappe

4) Kevin de Bruyne

5) Rodri

6) Vinicius Junior

7) Julian Alvarez

8) Victor Osimhen

9) Benardo Silva

10) Luka Modric

11) Mohamed Salah

12) Robert Lewandowski

13) Yassine Bounou

14) IIkay Gundogan

15) Emiliano Martinez

16) Karim Benzema

17) Khvicha Kvaratskhelia

18) Jude Bellingham

19) Harry Kane

20) Lautaro Martinez

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN