5 Penerima Anugerah Ballon d’Or Paling Tua Dalam Sejarah

Siapa pemain paling tua yang pernah memenangi anugerah Ballon d’Or? Dan berapa agaknya umur tertua untuk seseorang pemain itu ketika beliau dinobatkan sebagai pemenang?

Sejak dari awal ia diperkenalkan pada tahun 1956 yang lalu, sudah terlalu ramai pemain yang dinobatkan sebagai penerima anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak itu.

Anugerah ballon d’or merupakan anugerah yang paling diimpikan oleh para pemain, tidak kira pemain terdahulu mahupun pemain-pemain di era modern ini.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk seseorang pemain itu membawa pulang bola emas tersebut, kerana mereka harus memiliki pencapaian yang sungguh menakjubkan untuk melayakkan diri dinobatkan sebagai pemenang.

Jelas sekali ketika berbicara tentang anugerah ballon d’or, tentu saja peminat akan teringat tentang perseteruan antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Kedua-dua pemain terhebat sepanjang zaman itu terlalu dominan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan Messi memenangi lapan anugerah tersebut, sementara Ronaldo memiliki lima bola emas itu.

Hanya Luka Modric (2018) dan Karim Benzema (2022) sahaja yang pernah memenangi anugerah tersebut selain Messi dan Ronaldo sejak 15 tahun kebelakangan ini.

Tahun ini, bintang Manchester City, Erling Haaland dilihat sangat hampir untuk memenangi anugerah tersebut, namun mungkin kerana kejayaan Messi membantu Argentina menjuarai Piala Dunia menyebabkan bekas bintang Barcelona itu yang dinobatkan sebagai pemenang.

Erling Haaland sekadar berada di kedudukan kedua, sementara bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe berada di kedudukan ketiga.

Kedua-dua Mbappe dan Haaland jelas sekali masih mempunyai masa yang panjang untuk mencuba nasib mendapatkan bola emas tersebut di masa hadapan.

Messi sementara itu masih tetap dianggap sebagai pemain terhebat dunia walau beliau kini sudah berusia 36 tahun.

Di usia 36 tahun masih mampu membawa pulang anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak menyebabkan Messi menjadi antara pemain tertua yang pernah melakukan hal tersebut.

Berikut merupakan senarai lima pemain tertua yang pernah memenangi anugerah Ballon d’Or dari awal ia diperkenalkan sehingga ke hari ini.

1) Alfredo Di Stefano – 33 (1959)

Pemain terhebat sepanjang zaman Real Madrid, Alfredo Di Stefano merupakan antara pemain Eropah terawal yang mampu membawa pulang bola emas tersebut.

Beliau dianggap antara pemain terhebat di dunia ketika kariernya, dengan Stefano menikmati karier yang menakjubkan ketika bersama Real Madrid dahulu.

Beliau ketika itu berjaya membawa Los Blancos memenangi lima gelaran Eropah pada tahun 1956 hingga 1960.

Stefano ketika itu membantu Real Madrid untuk mendominasi pentas bola sepak domestik dan juga Eropah sebelum beliau bersara di pada tahun 1966.

Stefano dilahirkan di Argentina dengan beliau pernah membuat enam penampilan bersama negara kelahirannya sebelum menukar kerakyatan kepada Sepanyol.

Beliau berjaya memenangi anugerah tersebut sebanyak dua kali dan pada tahun 1959 beliau dinobatkan sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or ketika berusia 33 tahun, seterusnya menjadikan beliau sebagai antara pemain tertua yang berjaya melakukan hal tersebut.

2) Lev Yashin – 34 (1963)

Sangat janggal dan luar biasa untuk melihat seorang penjaga gol dinobatkan sebagai penerima anugerah tertinggi dalam dunia bola sepak, apa lagi sebagai pemain terhebat dunia.

Sehingga hari ini, Lev Yashin kekal menjadi satu-satunya penjaga gol yang pernah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or.

Terkenal dengan tindak balasnya yang menakjubkan, tidak pernah gentar dan dominan di dalam kotak penalti, legenda Rusia itu dianggap sebagai penjaga gol terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.

Beliau juga seorang pemain yang sangat lantang dan hal itu memudahkan beliau untuk memberi arahan kepada barisan pertahanannya.

Yashin masuk dalam senarai ini kerana beliau dinobatkan sebagai pemenang ketika sedang berusia 34 tahun dan itu juga merupakan satu hal yang sungguh menakjubkan.

3) Karim Benzema – 34 (2022)

Karim Benzema berjaya memenangi anugerah ballon d’or pertama dalam kariernya selepas beliau mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bersama Real Madrid sepanjang musim 2021/22.

Aksi hebat beliau pada ketika itu berjaya membantu Real Madrid untuk memenangi gelaran La Liga dan Champions League.

Bukan hanya berjaya menjaringkan 30 gol dari semua pertandingan pada ketika itu, bahkan ciri kepimpinan yang beliau tunjukkan juga merupakan antara faktor sebalik kegemilangan Real Madrid pada musim tersebut.

Beliau ketika itu berjaya menewaskan Mohamed Salah dan Sadio Mane untuk memenangi anugerah tersebut di usia 34 tahun.

4) Lionel Messi – 36 (2023)

Memenangi anugerah ballon d’or sepertinya sudah menjadi rutin tahunan untuk Lionel Messi dengan beliau kini sudah memiliki lapan bola emas tersebut.

Ketika peminat berdebat tentang siapa pemain terhebat sepanjang zaman, jelas sekali Messi akan menjadi pilihan kerana rekod beliau memenangi anugerah ballon d’or terbanyak dalam sejarah.

Bahkan peminat-peminat beliau juga menggunakan fakta tersebut untuk menafikan dakwaan yang menganggap Ronaldo sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

Walaupun ramai percaya zaman beliau akan berakhir, namun di usia 36 tahun, Lionel Messi masih lagi menjadi pemain terpenting untuk skuad Inter Miami dan Argentina.

Kejayaan beliau memenangi anugerah tersebut pada tahun ini secara tak langsung mengukuhkan lagi kedudukan Messi sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

1) Sir Stanley Matthews – 41 (1956)

Pemenang anugerah Ballon d’Or paling tua dalam sejarah adalah Stanley Matthews yang memenanginya ketika beliau berusia 41 tahun 10 bulan.

Legenda bola sepak itu dikenali sebagai antara pakar dalam menggelecek dan beliau ketika era nya dianggap sebagai pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Ketika ramai pemain sudah bersara di usia 41 tahun, beliau masih kekal beraksi dan mempamerkan aksi yang sungguh menakjubkan pada ketika itu.

Sungguh menakjubkan untuk melihat sejarah Matthews dengan beliau memenangi anugerah tersebut pada tahun 1956 yang lalu.

Sehingga kini, tidak ada pemain yang mampu untuk masih beraksi seperti Matthews di usia 40 an dan hal itulah yang menjadikan beliau sebagai penerima anugerah ballon d’or paling tua dalam sejarah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN