Kante Tak Nak Main Sampai Habis Musim Demi Keselamatan

Pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante dilaporkan tidak akan beraksi untuk baki perlawanan musim ini sekiranya ia bersambung disebabkan isu keselamatan dan kesihatan, lapor akhbar Reuters.

Pemain Perancis berusia 29 tahun itu hadir ke pusat latihan di Cobham dan telah meminta keizinan kepada pihak kelab untuk berlatih bersendirian di rumah.

Permintaannya itu disokong oleh pengurusnya, Frank Lampard dan pihak pengurusan kelab dan membenarkan beliau untuk tidak menjalani latihan bersama pasukan.

Kante pernah kehilangan abang kandungnya akibat serangan jantung hanya beberapa minggu sebelum kejohanan Piala Dunia 2018. Beberapa bulan kemudian, beliau pengsan ketika sedang menjalani latihan.

Liga Perdana Inggerus tertangguh sejak Mac ekoran pandemik COVID-19, tetapi semua pasukan telah dibenarkan untuk kembali menjalani latihan berpasukan dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Setakat ini pihak pengurusan liga merancang untuk menyambung semua perlawanan pada bulan depan dengan tarikh jangkaan adalah pada 12 Jun.

Kapten Watford, Troy Deeney dan pertahanan Newcastle United, Danny Rose menjadi antara pemain paling lantang mempersoalkan keputusan EPL untuk kembali membenarkan sesi latihan berpasukan.

Beliau menyatakan kerisauan mengenai kesihatan keluarganya selepas statistik menunjukkan lelaki dan wanita berkulit gelap lebih mudah dijangkiti dan mati disebabkan jangkitan COVID-19 berbanding lelaki dan wanita berkulit cerah.

Setakat ini Chelsea menerima keputusan Kante itu walaupun sudah memaklumkan bahawa pusat latihan mereka sudah dipastikan berada dalam keadaan yang bersih dan selamat.

EPL sebelum ini mengesahkan enam orang individu dari tiga kelab berbeza didapati positif wabak berkenaan. Antaranya adalah rakan sepasukan Deeney, Adrian Mariappa walaupun tiada sebarang gejala.

Berbaki sembilan perlawanan, Chelsea kini menduduki tangga keempat liga dengan 48 mata daripada 29 perlawanan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai N’Golo Kante dan COVID-19:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN