Meskipun Tidak Alami Gejala, Adrian Mariappa Disahkan Positif

Mariappa

Pemain pertahanan berpengalaman Watford, Adrian Mariappa mengakui amat menakutkan selepas beliau telah disahkan positif penyakit COVID-19.

Pemain berusia 33 tahun itu merupakan salah seorang daripada enam individu yang disahkan oleh pihak Premier League telah dijangkiti wabak tersebut. Selain Mariappa, Watford turut mengumumkan dua lagi kakitangan kelab turut disahkan positif.

Apa yang menakutkan Mariappa adalah beliau langsung tidak mengalami sebarang gejala penyakit itu malah mendedahkan beliau masih dijangkiti virus meskipun hanya tinggal di rumah.

”Amat menakutkan kerana anda merasakan berada dalam keadaan yang cukup baik dan tidak benar-benar meninggalkan rumah dan masih lagi boleh dijangkiti penyakit itu.”

”Jika tidak kerana perlu kembali berlatih dan menjalani ujian ini, saya tidak pernah akan pernah tahu bahawa saya diserang virus ini,” ujar Mariappa menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Seterusnya hanya akan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Bila difikirkan ia sememangnya sesuatu yang aneh.”

”Saya tinggal di rumah bersama tiga orang anak saya yang berusia lima, sembilan dan 11 tahun dan juga pasangan saya, sekarang saya agak khuatir dengan keadaan mereka.”

”Mereka semuanya baik-baik sahaja tanpa menunjukkan sebarang gejala tetapi anda tidak boleh boleh tenang dan harus menjaga jarak selepas mengetahui anda telah disahkan positif,” tambah Adrian Mariappa lagi.

Kredit featured image: Naomi Baker/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai COVID-19:

Leave a Reply