Kalah 8-2, Sudah Tiba Masa Messi Tinggalkan Barcelona?

Lionel Messi

Kekalahan memalukan Barcelona di tangan Bayern Munich pagi tadi jelas merobek maruah dan juga jiwa pemain mereka.

Kekalahan tersebut jelas menunjukkan betap serabutnya kem Barcelona pada musim ini yang menyaksikan mereka gagal meraih sebarang kejuaraan utama baik domestik mahupun Eropah.

Dengan kekalahan ini, timbul satu persoalan, sudah tiba masanya Lionel Messi tinggalkan Barcelona?

Messi yang menghabiskan seluruh karier bola sepak seniornya bersama kelab Sepanyol itu dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan musim hadapan.

Namun seperti spekulasi perpindahan keluar beliau ke kelab-kelab lain seperti Manchester City dan Paris Saint-Germain terdahulu, timbul semula perdebatan mengenai hal ini.

Dalam siaran BT Sport, para penganalisis saluran tersebut membincangkan topik tersebut.

Bagi Owen Hargreaves, beliau menyifatkan Messi tidak akan meninggalkan Barcelona walaupun kelabnya berada dalam situasi yang cukup teruk.

“Dia [Messi] tidak boleh sarung jersi pasukan lain bukan?”, tanya Hargreaves semasa siaran.

Persoalan Hargreaves itu memberikan isyarat yang sebenarnya beliau tidak merasakan Messi akan keluar dari pasukan itu.

“Barcelona mempunyai pemain yang berusia 17 tahun iaitu Ansu Fati dan bermain dengan baik. Jurang antara Messi dengan mereka yang bakal menggantikan beliau [adalah besar] dan ianya tidak mudah.”

Namun, Rio Ferdinand mempunyai idea berlainan. Pada beliau, Messi perlu keluar untuk terus beraksi pada tahap tertinggi.

“Adakah Messi akan ada masa untuk tunggu pemain muda di kelab untuk menjadi matang?”

“Bola sepak adalah sukan yang bergerak dengan pantas dalam hidup kita. Jadi dalam masa dua tahun ini dimana beliau masih boleh memberikan pengaruh besar kepada permainan seperti yang biasa dilakukannya untuk mencabar kejuaraan utama? Saya tidak tahu.”

Dalam perkembangan laun, pengurus Barcelona Quique Setien dijangka bakal dipecat dari jawatannya pada akhir musim ini.

Baca juga artikel kami mengenai Barcelona:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN