Penjenamaan Semula Peranan Buat Willian Olahan Arteta Di Arsenal

Willian Arsenal Chelsea 2020

Bekas pemain Chelsea, Willian kini telah sah menyertai pasukan jiran dan musuh di bandar London, Arsenal. Tiada yuran perpindahan terlibat dengan kontrak tiga tahun.

Menurut pengurus, Mikel Arteta ketika mengalu-alukan kemasukan Willian ke skuad Arsenal, beliau mahu mengukuhkan posisi sayap dan serangan. “Dia adalah pemain yang serba boleh untuk beraksi di tiga atau empat posisi yang berbeza,” ujarnya.

Penggantian terus Ozil

Willian telah melalui karier yang baik sepanjang tujuh musim di Stamford Bridge dan telah memenangi dua trofi Premier League. Beliau juga telah menyumbang 125 gol dalam 339 penampilannya bersama Chelsea. Mungkin tak salah dianggap lagenda!

Ketibaannya di saat pemain tengah, Mesut Ozil dilanda masalah. Pemain tengah asal Jerman itu disisihkan Arteta sejak Restart membuatkan ramai tertanya-tanya apakah nasibnya di Emirates. Namun, beliau mengesahkan tidak akan ke mana-mana.

Begitupun, kemasukkan Willian itu bakal terus membekukannya di bangku simpanan. Mirror melaporkan yang Arteta sedang melihat kemungkinan untuk mengembalikan pemain tengah berusia 32 tahun itu ke posisi asalnya, tempat Ozil bermain.

Sepanjang kariernya di Shakhtar Donetsk daripada musim 2007 ke 2012, beliau telah beroperasi di peranan nombor 10 sekiranya Jadson tidak dapat bermain.

Ketua pencipta peluang baharu

Arteta lebih melihatnya sebagai pemain tengah menyerang yang mampu merencena serangan di belakang penyerang utama. Ketika bersama Chelsea, beliau lebih banyak beroperasi di sebelah kanan menyerang. Dan beliau tiada masalah juga di situ.

Kerap kali pemain daripada Chelsea akan mencipta nama semula bersama Arsenal. Menurut rekod, lebih 30 pemain telah melangkah ke Arsenal daripada The Blues antranya William Gallas, Lassana Diarra, Yossi Benayoun, Petr Cech dan David Luiz.

Adakah dengan peranan yang dijenamakan semula buatnya ini akan mengembalikan semula kekurangan di jentera tengah The Gunners? Ozil ketika masih bermain – 18 penampilan, masih merupakan pemain yang banyak mencipta peluang buat mereka.

Jadi apabila Ozil diketepikan kerana masalah gaya permainannya yang mungkin tidak menepati selera Arteta, Arsenal jelas melalui fasa kurang mencipta peluang seperti ketika menentang Watford. Kini, ketua ‘pencipta peluang’ baharu telah tiba.

Etika kerja yang diakui ramai

Willian sangat efisyen beroperasi di ruang sempit dan posisi tersebut mampu dikukuhkannya dengan kerajinan dan kekuatan lariannya akan membantu membuka ruang buat jentera serangan Arsenal yang diketahui sangat pantas menyerang.

Bekas pengendalinya, Frank Lampard ketika ucapan selamat tinggal buat Willian menjelaskan yang ketika beliau menyertai Chelsea, banyak isu yang mereka lalui dan pemain asal Brazil itu yang telah membantunya dari segi pengalaman.

Etika kerjanya diakui Lampard dan pastinya ia akan mengambil masa untuk beliau mendapat pengganti setara. Chelsea hanya tidak dapat memenuhi permintaannya untuk kontrak yang lebih panjang sebagaimana Arsenal berani mengambil risiko itu.

Pengarah Kesukanan Arsenal, Edu yang pernah bekerja bersamanya ketika mereka berjuang bersama di skuad kebangsaan Brazil pastinya sangat petah dengan watak Willian yang dilihatnya mampu membantu The Gunners pada saat dan ketika ini.

Penutup

Edu dan Arteta merasakan inilah masa yang sesuai untuk Willian membuat transisi posisi daripada pemain tengah menyerang yang beroperasi di sebelah kanan kepada pemain yang berada di pocket, membuka ruang buat pemain-pemain lain.

Perhatian akan tertumpu kepada Willian. Adakah beliau akan berjaya di Arsenal pada saingan musim hadapan? Tidak perlu tunggu lama, nantikan pada 29 Ogos nanti.

KREDIT FEATURED IMAGE: OFFSIDE

Baca lagi artikel mengenai Willian dan Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN