Juzaili Samion: Pengalaman Safawi Rasid Boleh Bantu Skuad Negara

Safawi Rasid

Meskipun Safawi Rasid hanya berkelana kira-kira lebih dua bulan bersama Portimonense SC, bekas pemain negara yang turut pernah beraksi di luar negara, Muhammad Juzaili Samion melihat pemain berusia 23 tahun itu telah menimba banyak pengalaman di sana.

Juzaili yang berpengalaman beraksi bersama FC Strasbourg dan FCSR Haguenau dari Perancis mengakui pengalaman yang diraih Safawi sepanjang bersama kelab Liga Primeira Portugal itu mampu untuk dicurahkan kepada skuad kebangsaan.

Benar, Safawi langsung tidak diberikan peluang untuk beraksi bersama skuad utama Portimonense tetapi dengan sesi latihan intensiti tinggi dinikmatinya disifatkan oleh Juzaili dapat memberikan proses pembelajaran cukup berguna buat anak kelahiran Dungun itu.

Menurut sumber Utusan Malaysia, Juzaili menganggap beliau juga turut menikmati fasa yang sama dihadapi oleh Safawi ketika beliau berkelana di Eropah pada tahun 1999 hingga 2001.

”Sebagai contoh, selepas tamat berkelana di Perancis, saya pulang menyarung jersi Pahang pada 2001. Setahun kemudian, saya menjalani ujian percubaan dengan beberapa kelab Jerman iaitu Eintracth Frankfurt, Mainz 05, FC Oberhaussen dan Kickers Offenbach selama sebulan.”

”Biarpun singkat tetapi tempoh itu saya banyak belajar. Dari segi corak latihan, fizikal dan tempo permainan memang jauh berbeza. Tapi kita ambil dari sudut positif untuk kemajuan diri.”

”Jadi tiada isu berapa lama Safawi di Portimonense, sebab biarpun tempoh pendek tetapi dia belajar sesuatu dia sana. Apa yang dia dapat, dia boleh bantu skuad kebangsaan.”

”Lagi pun, dia pulang ke pangkuan JDT (Johor Darul Ta’zim), sebuah pasukan yang hebat,” ujar bekas pemain skuad kebangsaan itu.”

”Kita kena faham, Safawi adalah aset bola sepak negara. Sudah tentu sebagai pemain kebangsaan, dia memerlukan minit permainan.”

”Jika dia di sana dan minit permainan dia berkurang, ia akan menjadi masalah kepada skuad kebangsaan. Jadi apabila pulang ke JDT, peluangnya untuk bermain akan banyak.”

”Perkara ini kita perlu ambil kira juga,” tambah Juzaili Samion lagi.

Kredit featured image: Portimonense Futebol SAD

Baca artikel lain dari kami mengenai Safawi:

3 Sebab Mungkin Tiada Debut Buat Safawi Rasid Bersama Portimonense SC

Yang Di Malaysia, Tolonglah Jangan Malukan Luqman & Safawi

Portimonense S.C Perkenalkan Safawi Rasid Secara Rasmi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN