“Fuh semangat, terkejut aku.”
Begitulah gambaran yang terjadi kepada pengurus Liverpool, Jurgen Klopp selepas beliau mendapat tahu musuh tradisi mereka iaitu Everton berjaya mendapatkan Carlo Ancelotti sebagai pengendali.
Menjelang aksi Mersyeside Derby, Everton muncul dengan rekod bersih tanpa kalah dan kini sedang memimpin Premier League.
Sedangkan Liverpool kini dalam misi bangkit selepas dibelasah Aston Villa 7-2.
Peningkatan prestasi Everton sudahnya dijangka apabila kredibiliti Ancelotti sebagai pengurus semestinya berjaya memperbaik pasukan itu.
Dan itulah yang telah dijangka oleh Klopp semasa beliau tiba di Goodison Park. Malah, tidak keterlaluan untuk beliau berasakan pasukan jiran kini menjadi pencabar utama kepada gelaran Premier League.
“Bila saya dengar berita itu [pelantikan Ancelotti sebagai pengurus Everton] saya mula berkata, ‘oh Tuhan’. Saya tak suka yang beliau berada di sini dan melakukan kerja yang mantap,” kata Klopp kepada talkSport.
Klopp pada asalnya tidak begitu mengendahkan Everton tetapi selepas prestasi cemerlang yang dilakukan beliau mula memerhatikan pasukan itu.
“Saya sebenarnya tidak begitu berminat dengan Everton tetapi pada tahun ini saya melihat mereka dan, ‘oh Tuhan beliau berjaya gandingkan pemain tersebut dengan sempurna, pemain itu juga, dan pemain lain’.”
“Kita boleh saksikan yang ianya adalah sebuah urus niaga yang baik buat mereka dan ini menjadikan Everton pasukan yang berbahaya dalam masa yang singkat. Bukan setahun, dua atau tiga tahun tetapi serta-merta. Itulah yang kami perlu hadapi sekarang.”
Everton akan melayan kunjungan Liverpool dalam pada Sabtu jam 7.30 malam waktu Malaysia.
Baca juga artikel kami mengenai Jurgen Klopp:
Jurgen Klopp: Mohamed Salah Seorang Pemain Yang Sangat Istimewa