Jurgen Klopp: Kami Cipta Sejarah Yang Salah

Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp beranggapan jaringan awal yang dihasilkan oleh Aston Villa telah membuatkan anak buahnya kehilangan punca sekali gus dibelasah teruk 2-7 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21, awal pagi tadi.

Kelalaian penjaga gol, Adrian seawal minit keempat telah memberikan peluang yang cukup mudah buat peledak hatrik, Ollie Watkins untuk membuka tirai jaringan pada aksi di Villa Park tersebut.

Keadaan itu kemudiannya merintis kepada aksi kurang bertenaga barisan pemain Liverpool meskipun The Reds mendominasi perlawanan dengan penguasaan bola yang lebih baik dipamerkan skuad juara bertahan itu.

”Pertamanya anda perlu katakan bahawa Villa melakukan dengan sangat baik,” ujar Klopp menurut laporan Goal.

”Kami memiliki peluang keemasan di mana kami tidak menggunakan kesempatan itu, tetapi apabila anda dibolosi tujuh gol, saya tidak pasti anda boleh mengatakan ia akan menjadi 7-7.”

”Kami melakukan terlalu banyak kesilapan dan sememangnya cukup besar. Ia bermula dengan gol pertama dan pada ketika itu kami melakukan kesilapan yang amat besar.”

”Kami kehilangan bola di kawasan yang salah dan tidak mengawal keadaan dengan baik. Ia kelihatan seperti kami kehilangan plot selepas kami ketinggalan 1-0. Ia bukannya alasan.”

”Selalunya apabila boleh ketinggalan 1-0 dan melakukan perkara yang anda mahukan. Kami mencipta gerakan tetapi tidak melindungi diri dengan betul sehingga setiap bola yang terlepas menjadi serangan balas pantas.”

”Itulah yang menyebabkan kami dibolosi dan tiga gol bola yang terbias [terkena pertahanan Liverpool]. Ia tidak bernasib baik tetapi itu bukan kebetulan kerana ini bermaksud bukan hadangan yang tepat.”

”Tidak siapa yang boleh dipersalahkan selain dari diri saya dan kami [pemain Liverpool].”

Dalam pada itu, Klopp turut memuji corak permainan kemas dipamerkan Aston Villa sehingga menjadikan pasukannya sebagai juara bertahan liga utama yang pertama dibolosi sebanyak tujuh gol dalam tempoh 67 tahun.

”Mereka sangat fizikal dan sangat bijak, tetapi kami tidak melakukan seperti itu. Aston Villa sangat bagus.”

”Watkins sangat ‘wow’ [mengagumkan] dan sudah tentu apabila anda memberikan bola kepada Jack [Grealish] dalam situasi satu lawan satu di sebelah kiri, dia boleh untuk pergi dengan baik dan mencipta peluang.”

”Siapa yang mahu tewas 7-2? Bertahun-tahun kami mengatakan kepada diri sendiri untuk mencipta sejarah. Ia merupakan sejarah tetapi jelas dengan jenis yang salah.”

Kredit featured image: Marc Atkins/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jurgen Klopp:

Leave a Reply