Junior Eldstal Bakal Kembali Sertai JDT?

Laporan dari Thailand mendedahkan pemain kacukan Sweden-Malaysia, Junior Eldstal bakal kembali menyertai JDT.

Masa depan pemain tersebut yang kini beraksi di Liga Thailand bersama Chonburi FC kembali menjadi perhatian selepas satu ciapan di Twitter oleh Thai League Thailand semalam.

Menurut ciapan tersebut, JDT telah menunjukkan minat untuk memanggil kembali pemain yang kini berusia 30 tahun itu.

Namun tidak dinyatakan sama ada Junior akan kembali menyertai JDT pada musim ini atau untuk saingan pada musim hadapan.

Pemain tengah bertahan itu bukanlah watak yang asing untuk JDT dan Liga Malaysia kerana pernah beraksi bersama juara Liga Super Malaysia (MSL) itu pada musim 2015-2018.

Malah Junior pernah menjadi antara tonggak utama JDT sepanjang tempoh tersebut sebelum kecederaan merencatkan karier pemain itu.

Karier Junior di Liga Malaysia bermula pada 2013 bersama Sarawak ketika era Robert Alberts dan sempat membantu skuad Bujang Senang menjuarai saingan Liga Perdana pada musim itu dengan rekod tanpa kalah.

Kecederaan ‘slip disc’ yang dialami pemain itu pada 2017 bagaimana pun hampir menamatkan karier Junior yang memaksa beliau kembali ke England.

Beliau mulai bangkit selepas itu dan kembali beraksi bersama Metropolitan Police FC di Divisyen ke-7 Liga Inggeris selama dua musim sebelum menyertai Chonburi untuk saingan musim 2021.

Prestasi cemerlang Junior bersama Chonburi kemudiannya turut mendapat perhatian Tan Cheng Hoe sehingga pemain itu dipanggil kembali menyertai skuad kebangsaan untuk pusingan kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022 pada Jun lalu.

Junior juga merupakan sebahagian daripada sebahagian skuad Harimau Malaya yang beraksi di kejohanan Piala AFF 2020 yang lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN