Selepas 5 Tahun, Ini Peluang Junior Eldstal Raih Kaps Ke-10 Bersama Harimau Malaya

Junior Eldstal Chonburi FC 2021 Malaysia Harimau Malaya 2

Ketiadaan Shahrul Saad dalam kem Harimau Malaya akibat kecederaan dijangka akan memberi ruang buat Junior Eldstal diturunkan menentang UAE pada awal Jun depan.

Beliau dijangkakan akan bergandingan bersama Aidil Zafuan Abdul Razak di posisi bek tengah negara dan mungkin membentuk gandingan bersama Matt Davies dan Corbin Ong. Di atas kertas, ini adalah barisan benteng paling ampuh yang boleh dibentuk.

Eldstal telah meraih sembilan kaps bersama skuad kebangsaan setakat ini dengan kali terakhir membarisi Harimau Malaya adalah pada Jun 2016, menentang Fiji. Pemain kacukan Malaysia-Sweden itu mula menyarung jersi skuad kebangsaan pada 2014.

Sememangnya menjadikan ‘comeback’ ke rantau ini sebagai pelantar untuk kembali ke skuad kebangsaan, hasratnya kini menjadi kenyataan. Dan bukan hanya kembali menerima panggilan, tetapi berpeluang untuk turun dalam kesebelasan utama.

Sebelum ini, Eldstal telah mengambil keputusan untuk ‘berehat panjang’ daripada arena bola sepak profesional selepas sah mendapat kecederaan slipped disc.

Pada penghujung musim 2018, bekas pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tampil mengucapkan selamat tinggal Malaysia menerusi rakaman video dan akan kembali ke England selepas gagal pulih daripada siri kecederaannya.

Beliau akhirnya kembali ke rantau Asia Tenggara untuk menyertai Chonburi FC pada awal Februari lalu, selepas dikatakan gagal mencapai kata sepakat bersama sebuah pasukan di Lembah Klang. Beliau telah membuat 12 penampilan bersama The Sharks.

Bercakap kepada Astro Arena pada April lalu, Eldstal menyatakan satu penghargaan jika beliau mendapat panggilan untuk bersama skuad kebangsaan nanti.

“Ya, apabila saya umumkan akan kembali daripada persaraan, saya punya sasaran utama adalah untuk [kembali] bermain bersama Malaysia. Jadi, apabila saya terdengar coach mahu pilih saya untuk Malaysia, saya rasa ia satu penghargaan,” ungkap Eldstal.

“Tetapi fokus saya ketika ini mahu habiskan liga dan Piala FA bersama Chonburi. Ia satu pengiktirafan terbesar buat saya jika dapat kembali ke skuad negara. Saya mahu buktikan kepada diri saya tahap permainan saya selepas [rehat] dua tahun.

“Saya mahu kembali daripada kecederaan dan juga semua komen negatif yang pernah diberikan terhadap saya,” jelasnya mengenai misinya ketika ini sambil menjelaskan agak terkesan dengan kritikan yang katakannya berat dan perlahan satu masa dahulu.

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyenaraikan Eldstal selepas beliau kehilangan pemain utama, Shahrul Saad yang baru mengalami kecederaan. Sebelum ini, beliau menaruh harapan pemain baru JDT itu kembali pulih daripada kecederaan.

Melihatkan senarai bek tengah yang dipanggil Cheng Hoe, hanya Eldstal tampak lebih berpengalaman berbanding Irfan Zakaria, Adam Nor Azlin dan Dominic Tan. Ketiga-tiga pemain itu boleh dianggap sebagai pemain masa depan skuad Harimau Malaya.

Baca lagi artikel lain mengenai Junior Eldstal dan Harimau Malaya:

Menurut Everything Thai Football, Junior Eldstal Sah Sertai Chonburi FC

VIDEO: Junior Eldstal Ucap Terima Kasih & Selamat Tinggal Malaysia

Junior Eldstal Berehat Panjang, Muat Naik Status Menyentuh Perasaan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN