“Jumpa Januari Nanti” – FK Jablonec Sekadar ‘R&R’ Buat Dion Cools Sebelum Ke JDT?

Dion Cools

Semalam, kelab Republik Czech iaitu FK Jablonec telah mengumumkan pengambilan pemain Harimau Malaya iaitu Dion Cools ke dalam skuad mereka.

Pengumuman tersebut telah mematikan segala spekulasi mengenai masa depan pemain tersebut selepas dilepaskan oleh kelab Denmark iaitu FC Midtjylland.

FAM Tak Sengaja Dedahkan Dion Cools Kekal Beraksi Di Eropah?

Ketibaan Cools sebagai pemain Jablonec telah menarik perhatian ramai pengikut bola sepak tempatan dengan pentadbir akaun (admin) media sosial kelab itu mengatakan yang kelab itu telah menerima “32 juta penyokong baharu”.

“Selamat datang buat semua peminat Cools! Kami gembira dengan kehadiran anda,” tulis Jablonec di Twitter mereka.

Sekadar satu persinggahan?

Adakah hubungan Cools dengan Jablonec cumalah suatu persinggahan dan bukannya pengabadian yang rela?

Hal ini kerana, tular di media sosial yang pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ) memuat naik sebuah Instagram Story (IG Story) memberikan pentunjuk yang perpindahan Cools ke Jablonec cumalah sementara sahaja.

Dalam IG Story tersebut, TMJ mengucapkan selamat buat Cools yang akan bermain di Jablonec.

Tetapi TMJ ada menyatakan jumlah masa iaitu empat bulan dalam IG Story tersebut, lalu ia menimbulkan persoalan sama ada kontrak Cools dengan Jablonec cumalah secara singkat sahaja?

“Cools, selamat bersinggah selama empat bulan,” kata TMJ.

TMJ juga mengatakan yang beliau akan berjumpa dengan Cools pada Januari 2023 di Johor.

“Jumpa anda di Johor [pada] Januari,” tulis TMJ lagi.

Perkara ini menguatkan spekulasi yang Jablonec cumalah persinggahan sahaja buat Cools sebelum ke JDT tahun hdapan.

Hal ini disebabkan buat masa sekarang JDT tidak boleh mendaftarkan Cools kerana jendela perpindahan Liga Malaysia tidak lagi dibuka.

Malah sebelum ini, TMJ juga pernah mengatakan yang Cools semakin hampir menyertai mereka dengan beliau akan menjadi perpindahan berprofil tinggi selepas Jordi Amat yang menyertai Harimau Selatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN